We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, April 24, 2010

GOTONG ROYONG


pada jumaat lepas,penduduk kawasan perumahan saya telah mengadakan gotong royong bersama majlis bandaraya, jabatan bomba dan jabatan kesihatan..semuanyer berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan antara nyer ialah pemotongan dahan pokok,memotong rumput dan membersihkan longkang dengan bantuan pihak bomba..mereka menggunakan peralatan mereka untuk membersihkan longkang yangtersumbat dengan pancutan air yang kuat..selepas selesai bergotong royong,kami menjamu selera dengan bihun tomyam gorang yang ditempah dengan katering..boleh tahan la sedapnyer..

KERJA LUAR


penat nyer, hari sabtu pun kena kerja jgk..mcm ni la kalu dh dipanggil kuli..orang atas bagi je arahan,mmg terus kena buat..hari saya kena bekerja dengan orang luar..penat jgk la..dah la orang luar jabatan,cakap pun cakap luar..

Thursday, April 22, 2010

PENAT KERJA


penat sungguh hari ni..kena ganti ketua masuk mesyuarat..mula2 kata mesyuarat biasa jer tp bila masuk,hah ambik kau mesyuarat penting..ketua2 yang lagi tinggi semua ade..dh la ketua tak tinggal pesanan ape pn..masuk bodoh macam tu jer.nasib baik kena sound sikit jer..lepas mesyuarat,terus pegi cari ketua tu,teruk jugak dia kena baca kat aku..baru padan muka dia..

Wednesday, April 21, 2010

AURAT ARTIS SEKARANG

tajuk yang sangat menarik dan sentiasa menjadi sebutan ramai.cuba kita lihat artis sekarang, cara pemakaian yang sangat tidak sesuai untuk dituruti bagi anak-anak remaja sekarang.saya pelik bila seseorang artis sanggup untuk mendedahkan aurat mereka kepada khalayak ramai tanpa memikirkan tanggapan dan balasan yang bakal diperolehi..

bagi yang bukan islam,itu adalah perkara biasa tp yang islam ni,tidak kah ia tau bahawa aurat tu patut ditutup..saya bukan nak menghina artis tapi saya cuma nakkan agar negara kita ni berada dalam keadaan selamat dan jauh dari bala Allah..

pas tu ade pulak trend artis sekarang ni, lepas balik haji,elok je pakaiannya.tutup yang patut tp bila dh lama tu mula la terdedah ape yang tk patut..biasanya bila kita dh pegi haji tu,secara automatik perangai dan tingkah laku kita akan berubah..tp ni tidak..makin teruk adala..

Tuesday, April 20, 2010

RASMI PADI DAN RASMI LALANG


padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap ruang padang yang tidak digunakan tetapi kegunaan atau kebaikannya jarang dipersoalkan..

anda pernah dengar tak satu pepatah mengatakan "ikutlah rasmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi.jangan ikut rasmi lalang,makin tumbuh, makin menjulang"?

pepatah ini sebenarnya mempunyai maksud yang sangat bermakna dan ianya berkait dengan kehidupan kita..cuba kita faham betul-betul apa yang dinyatakan dan kita cuba bayangkan falasafah tersebut..

Monday, April 19, 2010

MACAM MANA CARA NAK HILANGKAN TEKANAN KERJA?


tekanan kerja sememangnye menjadi satu kemestian kepada semua pekerja tak kira pekerja swasta atau kerajaan..ade sesetengah pendapat mengatakan tekanan boleh meningkatkan mutu dan kualiti kerja dan ade jugak mengatakan boleh menghancurkan kerja yang kita lakukan..
pernahkan anda mengalami tekanan kerja..macam mana cara untuk mengelakkannya..
sama - sama la kita kongsikan perkara yang elok ini untuk kesenangan semua..tolong komen yer

SALAM PERKENALAN

assalamualaikum dan selamat pagi..
salam perkenalan untuk blogger2 semua..
untuk post yang pertama ni, saya nk mintak tunjuk ajar dari blogger2 yang lain agar blog saya dan anda semua akan lebih meriah dan happening dari semasa ke semasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR