We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, April 20, 2010

RASMI PADI DAN RASMI LALANG


padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap ruang padang yang tidak digunakan tetapi kegunaan atau kebaikannya jarang dipersoalkan..

anda pernah dengar tak satu pepatah mengatakan "ikutlah rasmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi.jangan ikut rasmi lalang,makin tumbuh, makin menjulang"?

pepatah ini sebenarnya mempunyai maksud yang sangat bermakna dan ianya berkait dengan kehidupan kita..cuba kita faham betul-betul apa yang dinyatakan dan kita cuba bayangkan falasafah tersebut..

cuba kita tengok padi,bila isi dia banyak dan hampir masak,dia akan tunduk ke bumi..memang salah satu nye sebab isi dia berat tapi dari situ kita dapat ambil iktibar..jika kita ade duit banyak,harta banyak, rezeki melimpah ruah,kita sepatutnya merendahkan diri kita..jangan kita bangga dengan duit yang banyak itu..kerana itu adalah rezeki yang Allah bagi..tapi kalu kita tengok orang kita sekarang ni, bila banyak harta,mula la tak kenal keluarga,kawan, semua tu salah..

kita tengok pulak lalang..lalang ni lagi teruk..dah la kurang berguna, angkuh pulak sifatnya..langsung tak jenguk bumi kat bawah yang duk support dia selalu..kita ni jangan terlampau berbangga dengan diri kita..kita kena ingat orang yang dibawah kita..

itu pandangan saya yang mana boleh dijadikan panduan untuk kehidupan kita..jadi kita kenala sentiasa sedar siapa diri kita dan jangan la berbangga dengan ape yang kita ade sebaliknya berusaha untuk terus berusaha dan jangan berharap untuk cukup makan je.

2 comments:

  1. perkongsian yg bermakna sekali ia memberi pelajaran kepada saya dan harap kepada orang lain juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR