We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, October 30, 2010

KHALWAT, APAKAH PUNCANYA?

Assalamualaikum..

hari ini saya memilih tajuk Khalwat kerana saya ingin memberikan pendapat saya tentang tajuk ini..

Khalwat adalah satu perbuatan maksiat yang amat berbahaya kerana ia akan menjerumuskan pembuatnya ke arah zina dan zina adalah amat jijik dan hina di sisi Allah..

kes khalwat ini sentiasa disiarkan di dada akhbar dan berita di televisyen. adakah remaja kita sekarang telah lupa ajaran agama islam yang sangat melarang melakukan perbuatan ini? adakah punca perbuatan ini berpunca dari keluarga yang berpecah-belah, yang bercerai berai? tidak sama sekali..

BENCANA ALAM, ADAKAH KIAMAT KIAN HAMPIR

Assalamualaikum

lama saya tak luangkan masa untuk blog ini kerana sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. tapi hari dapat juga saya update blog ini untuk kongsi maklumat dengan anda..

saya memilih tajuk ini adalah kerana pada minggu ini kita telah dikejutkan dua kejadian bencana alam yang telah melanda indonesia iaitu gempa bumi yang menyebabkan tsunami dan juga letusan gunung berapi..

Monday, September 20, 2010

SULTAN BARU NEGERI KELANTAN


pada 14 hb september yang lepas, negeri kelantan telah diserikan dengan perlantikan DYM Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke lima menggantikan Tuanku Ismail Petra yang juga ayahanda baginda..

perlantikan tersebut dibuat selepas mendapat keputusan dari Majlis Perajaan Negeri yang memutuskan untuk melantik pemangku sultan sebagai Sultan Kelantan..

sesungguhnya negeri Kelantan memerlukan sultan setelah Sultan Ismail Petra diserang penyakit dan kita seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya baginda Tuanku telah sembuh..

Wednesday, September 1, 2010

RAHSIA NOMBOR DI DALAM AL-QURAN


saya baru selesai membaca satu kiriman daripada blog pakar how to.. sungguh menakjubkan..
sebelum ini yang saya tahu hanya lah tentang jumlah ayat dalam Al-Quran tapi tak sangka Al-quran mengandungi semua jumlah tentang perihal alam semesta dan juga hal2 ghaib..

RAMADAN AKAN TINGGALKAN UMAT ISLAM

bulan ramadan bakal berakhir minggu depan.. bagi umat Islam yang mengharapkan keberkatan, kerahmatan dan pahala pasti akan sedih akan pemergian bulan yang penuh barokah ini tapi ape kan daya, bulan yang mulia ini akan tetap meninggkalkan umat Islam..

tapi sebelum pemergiannya, dia telah memberi satu peluang kepada umat Islam untuk menambahkan lagi pahala sebelum ramadan berlalu pergi.. bagi muslimin yang rajin beribadat, semestinya tak akan melepaskan 10 hari terakhir bulan Ramadan ini dengan menanti kemunculan malam Al-Qadar yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda..

BUNYI HON


Setiap kenderaan mempunyai hon. Ia adalah salah satu alatan penting yang perlu ada pada kenderaan. Adakah kita tahu apakah sebenarnya kegunaan hon tersebut dipasang?

Ada pelbagai jawapan yang dapat saya senaraikan antaranya ialah untuk memberi amaran kepada pengguna yang lain tentang kehadiran kita, menegur atau menyapa rakan apabila berselisih di jalan raya, digunakan untuk menjual barangan dapur. Itu adalah jawapan yang dapat saya senaraikan. Mungkin ada banyak lagi sebenarnya.

Wednesday, August 11, 2010

GAMBAR MENARIK DAN PELIK






perhatikan gambar-gambar tersebut,macam mana boleh jadi macam tu..konfiusx2

Tuesday, May 11, 2010

MASALAH MASING-MASING..

Masalah adalah satu kemestian di dalam hidup manusia..tiada siapa yang dapat lari daripada masalah..masalah akan sentiasa timbul tidak kira kita bersedia atau tidak dan masalah akan timbul jika kita melakukan kesilapan atau orang lain yang melakukan kesilapan..

Setiap manusia mempunyai masalah yang berbeza..ade masalah yang mudah dihadapi dan ade yang memerlukan sokongan, dorongan dan pertolongan dari pihak lain untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Saturday, April 24, 2010

GOTONG ROYONG


pada jumaat lepas,penduduk kawasan perumahan saya telah mengadakan gotong royong bersama majlis bandaraya, jabatan bomba dan jabatan kesihatan..semuanyer berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan antara nyer ialah pemotongan dahan pokok,memotong rumput dan membersihkan longkang dengan bantuan pihak bomba..mereka menggunakan peralatan mereka untuk membersihkan longkang yangtersumbat dengan pancutan air yang kuat..selepas selesai bergotong royong,kami menjamu selera dengan bihun tomyam gorang yang ditempah dengan katering..boleh tahan la sedapnyer..

KERJA LUAR


penat nyer, hari sabtu pun kena kerja jgk..mcm ni la kalu dh dipanggil kuli..orang atas bagi je arahan,mmg terus kena buat..hari saya kena bekerja dengan orang luar..penat jgk la..dah la orang luar jabatan,cakap pun cakap luar..

Thursday, April 22, 2010

PENAT KERJA


penat sungguh hari ni..kena ganti ketua masuk mesyuarat..mula2 kata mesyuarat biasa jer tp bila masuk,hah ambik kau mesyuarat penting..ketua2 yang lagi tinggi semua ade..dh la ketua tak tinggal pesanan ape pn..masuk bodoh macam tu jer.nasib baik kena sound sikit jer..lepas mesyuarat,terus pegi cari ketua tu,teruk jugak dia kena baca kat aku..baru padan muka dia..

Wednesday, April 21, 2010

AURAT ARTIS SEKARANG

tajuk yang sangat menarik dan sentiasa menjadi sebutan ramai.cuba kita lihat artis sekarang, cara pemakaian yang sangat tidak sesuai untuk dituruti bagi anak-anak remaja sekarang.saya pelik bila seseorang artis sanggup untuk mendedahkan aurat mereka kepada khalayak ramai tanpa memikirkan tanggapan dan balasan yang bakal diperolehi..

bagi yang bukan islam,itu adalah perkara biasa tp yang islam ni,tidak kah ia tau bahawa aurat tu patut ditutup..saya bukan nak menghina artis tapi saya cuma nakkan agar negara kita ni berada dalam keadaan selamat dan jauh dari bala Allah..

pas tu ade pulak trend artis sekarang ni, lepas balik haji,elok je pakaiannya.tutup yang patut tp bila dh lama tu mula la terdedah ape yang tk patut..biasanya bila kita dh pegi haji tu,secara automatik perangai dan tingkah laku kita akan berubah..tp ni tidak..makin teruk adala..

Tuesday, April 20, 2010

RASMI PADI DAN RASMI LALANG


padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap ruang padang yang tidak digunakan tetapi kegunaan atau kebaikannya jarang dipersoalkan..

anda pernah dengar tak satu pepatah mengatakan "ikutlah rasmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi.jangan ikut rasmi lalang,makin tumbuh, makin menjulang"?

pepatah ini sebenarnya mempunyai maksud yang sangat bermakna dan ianya berkait dengan kehidupan kita..cuba kita faham betul-betul apa yang dinyatakan dan kita cuba bayangkan falasafah tersebut..

Monday, April 19, 2010

MACAM MANA CARA NAK HILANGKAN TEKANAN KERJA?


tekanan kerja sememangnye menjadi satu kemestian kepada semua pekerja tak kira pekerja swasta atau kerajaan..ade sesetengah pendapat mengatakan tekanan boleh meningkatkan mutu dan kualiti kerja dan ade jugak mengatakan boleh menghancurkan kerja yang kita lakukan..
pernahkan anda mengalami tekanan kerja..macam mana cara untuk mengelakkannya..
sama - sama la kita kongsikan perkara yang elok ini untuk kesenangan semua..tolong komen yer

SALAM PERKENALAN

assalamualaikum dan selamat pagi..
salam perkenalan untuk blogger2 semua..
untuk post yang pertama ni, saya nk mintak tunjuk ajar dari blogger2 yang lain agar blog saya dan anda semua akan lebih meriah dan happening dari semasa ke semasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR