We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, October 31, 2012

29 ARTIS YANG DIBERIKAN HIDAYAH

Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata, sekarang mereka tampil dengan imej yang lebih indah dipandang. Manis dan sejuk mata memandang. Bertuah lelaki yang dapat menjadikan mereka ini isteri kerana dah la cantik malah menutup aurat lagi. Semoga mereka akan menjadi isteri yang baik dan solehah. 


Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan artis-artis yang harus mengucapkan syukur ke hardat Illahi kerana diberikan hidayah untuk berubah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat.


1. Irma Hasmi
Pelakon polpular ini telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci. Sekarang, Irma dilihat sangat cantik dengan imej bertudung. Dia sekarang salah seorang pengacara di TV Alhijrah.


2. Wardina Saffiyah
Pelakon sitkom 'Spanar Jaya' ini telah berubah dari seorang yang tidak bertudung, berpakaian seksi dan mendedahkan aurat kepada seorang yang sering memperkatakan tentang agama dan sekarang lebih kepada bidang pengacaraan.


3. Yatt Hamzah
Pelakon yang diberikan hidayah oleh Allah ketika sujud di dalam solat. Dipertontonkan dengan keadaan azab mendedahkan aurat telah menyedarkan pelakon drama ini. Sungguh bertuah insan ini kerana Penciptanya tidak membiarkannya terus hidup dalam dalam keadaan bergelumbang dengan dosa.


4. Abby Abadi
Pelakon, bekas isteri Norman Hakim dan Inspektor Aliza dalam drama bersiri 'Gerak Khas' ini telah tekad untuk bertudung. Dia kini giat menyampaikan ceramah dan mendekatkan diri dengan ilmu agama.


5. Raja Farah
Pelakon muda ini telah mengatakan hasratnya ingin bertudung dan menunaikannya apabila berkahwin dengan jejaka pilihannya.


 6. Catriona Ross
Pelakon yang berasal dari Kelantan ini telah diberikan hidayah oleh Allah setelah terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya.


 7. Sheila Rusly
Dramatis ini kelihatan sangat manis bertudung. Walaupun bertudung, dia masih menglibatkan dirinya dalam bidang lakonan dan rancangan masakan yang diterbitkan oleh syarikat produksi suaminya.


8. Ramlah Ram
Penyanyi lagu 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu' ini telah bertudung tapi masih lagi bergiat dalam bidang nyanyian.


9. Safura
Seorang lagi pelakon yang telah bertudung tetapi masih lagi bergiat dengan lakonan.


10. Syarifah Aini
Penyanyi terkenal ini juga telah berhijrah kepada bertudung tetapi masih lagi bergiat dalam bidang nyanyian.


11. Farah Asyikin
Penyanyi yang berasal daripada Kelantan. Pernah menyertai sebuah rancangan nyanyian dan menerbitkan beberapa album.Dia juga telah bertudung.


12. Aisyah
Penyanyi yang menjadi pujaan ramai ini juga telah bertudung.


13. Erma Fatima
Pelakon dan Pengarah terkenal ini juga telah bertudung tetapi dia masih bergiat dengan kedua-dua bidang tersebut.


14. Syarifah Sofea
Pelakon kacukan Melayu Inggeris ini juga telah bertudung dan dia sudah lama tidak tampil di skrin televisyen.


15. Fazurina
Pelakon sitkom 'Dunia Anita' juga telah bertudung.


16. Farah AF
Bekas pelajar AF ini juga telah bertudung dan sekarang menjadi pengacara di TV 9


17. Diana Amir
Pelakon filem dan drama ini sangat manis dan cantik bertudung.


18. Ana Raffali
Penyanyi ini sangat cantik ketika bertudung dan masih aktif menyanyi.


19. Natasha Hudson
Pelakon yang tinggi lampai ini juga telah beralih kepada imej bertudung.


20. Siti Nordiana
Penyanyi yang berduet dengan arwah Achik Spin sangat manis dan cantik ketika bertudung.


21. Akma AF
Bekas penyanyi Akademi Fantasia ini juga telah bertudung dan telah berkahwin.


22. Enot
Pelakon wanita komedi ini juga telah bertudng.


23. Norkhiriah
Pelakon bertubuh kecil dan agak komedi ini juga telah bertudung dan masih aktif berlakon.


24. Noraniza Idris
Penyanyi ini juga telah bertudung dan masih bergiat dalam bidang tersebut.


25. Anne Ngasri
Pelakon muda yang sangat cantik dan manis telah bertudung.


26. Abby Fana
DJ radio dan pengacara HMI ini juga telah bertudung selepas pulang dari Tanah Suci Mekah.


27. Normala Samsudin
Bekas pengacara Nona ini juga telah bertudung.


28. Shila Amzah
Penyanyi dan juga anak penyanyi ND Lala ini telah bertudung dan sekarang dikatakan sedang berpasangan dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad.


29. Fauziah Ahmad Daud.
Penyanyi, pelakon dan pengacara ini telah menukar imej kepada bertudung selepas pulang dari Tanah Suci Mekah.

Semoga artis-artis ini terus menutup aurat dan bertudung sehingga akhir hayat mereka. Mereka juga akan menjadi contoh kepada artis-artis lain dan juga peminat mereka di luar sana. Semoga wanita-wanita yang tidak menutup aurat akan mendapat hidayah Allah apabila membaca artikel ini. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR