PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Saturday, January 4, 2014

GABENOR INDONESIA BERBASIKAL KE PEJABAT - LANGKAH PENJIMATAN WANG NEGARA

Terharu apabila membaca akhbar Harian Metro (Sabtu, 4 Januari 2014) sisipan Global yang mengeluarkan berita mengenai beberapa gabenor di Indonesia berbasikal ke pejabat. Ada sebahagiannya menggunakan kereta sendiri.


Inilah berita yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro.

Gabenor berbasikal ke pejabat.

Jakarta: Sesuai dengan arahan yang dikeluarkan kepada penjawat awam setempat, Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) tidak menggunakan kenderaan rasmi ke pejabat semalam. Sebaliknya Jokowi menunggang basikal dari kediaman rasminya ke pejabat.


Jokowi dilihat memakai jersi bola sepak kelab Jakarta, Persipa dengan namanya turut tertera di belakang jersi itu ketika berbasikal.

Sebanyak 20 ahli kelab Bike to Work menemaninya ke pejabatnya.

Menurut Jokowi, kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan rasmi perlu diterapkan mulai sekarang. Pelabagai manfaat dapat diperolehi daripada tindakan itu.

Bagaimanapun, bukan hanya Jokowi , tetapi beberapa pemimpin juga mulai memupuk kesedaran untuk menggunakan kenderaan sendiri seperti Datuk Bandar Jakarta Selatan, Syamsudin Noor turut berbasikal ke tempat kerja.Agensi.

Sememangnya kita mengetahui, Indonesia mengalami masalah kewangan dan pemerintah menyuruh pegawai mereka melakukan penjimatan dengan tidak menggunakan kenderaan rasmi. Itu adalah salah satu langkah penjimatan yang diterapkan oleh pemerintah bagi menyelesaikan isu kewangan yang mereka hadapi.

Berlainan pula di negara kita yang tercinta ini, bergaduh berkenaan kereta rasmi jabatan. Ada yang suruh guna kereta keluaran Malaysia, kalu tak guna kurang sifat patriotik. Ada pula yang beli kereta import, dikatakan menghabiskan duit rakyat.

Apa yang dapat saya huraikan ialah walaupun kereta Malaysia ataupun kereta import, kedua-duanya adalah duit rakyat. Jika pemimpin betul-betul memikirkan hal rakyat dan duit rakyat, kenapa pemimpin tidak melakukan penjimatan dalam pemerintahan mereka. Saya bukan merujuk kepada kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Ini adalah kenyataan umum.

Apa yang dapat saya perhatikan. sebenarnya negara kita memerlukan seorang pemimpin yang ikhlas memperjuangkan hak rakyat bukan mengambil hak rakyat. Rakyat hidup susah, nak beli minyak pun berfikir dua kali takut anak tak dapat pegi sekolah,duit tak cukup.Pemimpin kita senang pergi kerja naik kenderaan jabatan.

Saranan saya sebagai rakyat Malaysia, jika pemimpin dapat berjimat, silakanlah berjimat. Bukan sahaja baik untuk kewangan negara, ia juga akan membantu rakyat hidup dengan lebih baik lagi. Saya juga yakin jika pemimpin berjimat, secara automatik, rakyat pun akan berjimat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR