PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Wednesday, September 1, 2010

BUNYI HON


Setiap kenderaan mempunyai hon. Ia adalah salah satu alatan penting yang perlu ada pada kenderaan. Adakah kita tahu apakah sebenarnya kegunaan hon tersebut dipasang?

Ada pelbagai jawapan yang dapat saya senaraikan antaranya ialah untuk memberi amaran kepada pengguna yang lain tentang kehadiran kita, menegur atau menyapa rakan apabila berselisih di jalan raya, digunakan untuk menjual barangan dapur. Itu adalah jawapan yang dapat saya senaraikan. Mungkin ada banyak lagi sebenarnya.


Itu menunjukkan hon sangat penting tetapi pada sesuatu tempat, hon tidak boleh digunakan. Betul, di kawasan hospital tidak dibenarkan hon.

Ok, jika kenderaan kita tidak ada hon, macam mana pula kita nak menegur kawan, memberi amaran kepada orang lain atau kenderaan lain? Pernahkah perkara ini terlintas di fikiran anda. Apakah yang anda akan lakukan jika kereta anda tiada hon? Kalau saya, alamatnya pasang lampu atau pun jerit je la. Dah nak buat macam mana lagi kan.

Oleh itu, saya amat berharap pemandu semua sentiasa la pastikan hon anda berbunyi sebelum menaiki kenderaan tersebut demi kebaikan semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR