PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Tuesday, April 26, 2011

BERTUDUNG TAPI PAKAI BAJU KETAT



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sekarang, sebahagian wanita Islam di Malaysia semakin teruk dan semakin kurang keislamannya. Kenapa saya kata begitu? Mesti sebahagian wanita Islam akan marah kat saya dan pasti mereka akan bagi komen yang teruk2 kepada saya. Sebelum itu, cuba perhatikan gambar di atas.

adakah itu ciri-ciri seorang wanita Islam? Kenapa mereka harus mendedahkan bahagian yang tidak patut mereka dedahkan? Adakah mereka tidak tahu bahawa mereka sedang melakukan dosa? Sesungguhnya, mereka tahu akan hukum Islam tetapi mereka tidak mahu meninggalkan perkara tersebut kerana mereka merasakan baju ketat itu telah menutup aurat mereka.

Kenapa sekarang banyak berlaku kes raba dan cabul? Ini berpunca dari pemakaian wanita sekarang yang terlalu singkat dan ketat. wanita Islam harus sedar, kenapa wanita diwajibkan memakai baju yang longgar dan menutup aurat? Ini kerana wanita mempunyai tarikan yang kuat dari segi kecantikan luaran. kata orang dahulu, sesebuah negara boleh tumbang kerana seorang perempuan. itu menunjukkan wanita sangat berpengaruh.

tapi wanita sekarang sudah berubah. mereka lebih mementingkan kecantikan luaran berbanding dosa dan maruah mereka yang sangat berharga itu. mereka lebih suka dipuji kerana kecantikan luaran berbanding kecantikan dalaman.

wanita Islam kena sedar, Allah melihat seseorang itu bukan kerana kecantikan luaran tetapi kecantikan dalam, iaitu keihklasan hati dan kecantikan rohani.

sedarla bahawa wanita Islam adalah cermin kepada agama Islam. Kecantikan wanita Islam adalah kecantikan Agama Islam.

sama2 lah kita berubah demi agama Islam yang tercinta. bagi yang ada adik beradik atau saudara perempuan, sama2 lah menegur mereka dengan baik supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan itu telah melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR