We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, April 18, 2011

HASAD DENGKI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari tu saya sudah menyentuh pasal marah dan hari ini saya ingin menyentuh tajuk hasad dengki. hasad dengki adalah salah satu sifat jahat yang ada dalam diri manusia. hasad dengki mampu membuatkan manusia menjadi seorang yang sangat jahat dan sanggup melakukan apa saja demi mencapai apa yang diinginkan tanpa memikirkan keadaan orang lain..

Hasad dengki berlaku apabila sesorang itu benci melihat orang lain berjaya. dia akan berusaha melakukan perkara yang jahat agar orang yang berjaya itu akan hancur dan hilang kejayaan yang baru dimiliki itu. itu la keburukan hasad dengki..

selain itu, hasad dengki juga akan menyebabkan sesorang itu sanggup melanggar ajaran agama dengan berdamping dengan syaitan. kenapa saya berkata begitu? ini kerana apabila seseorang itu mengenakan sihir seperti santau atau menhantar jin untuk mengganggu sesorang, maka orang itu telah syirik dan dilaknat oelh Allah Taala..

Kadang2 saya terpikir sendirian, kenapa seseorang itu sanggup untuk melakukan perkara sedemikian sedangkan hasil yang diperolehi adalah tidak berkat dan pasti akan merosakkan dirinya dan juga keluarganya..

jadi, bagaimana caranya untuk kita mengelakkan dari menjadi seorang yang hasad dengki? ini pada pendapat saya la.

1. kita harus sentiasa bersyukur dengan ape yang kita ada dengan sentiasa melafazkan Alhamdulillah.

2. kita harus tau bahawa setiap orang telah ditetapkan rezekinya oleh Allah Taala dan rezekinya akan bertambah jika dia berusaha.

3. sentiasa berusaha untuk berjaya dan melakukan sesuatu dengan niat yang baik..

jadi, kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menjaga diri kita dari segi rohani dan jasmani supaya kita jauh dari sifat hasad dengki ini. semoga apa yang saya tulis ini dapat dijadikan panduan untuk saya sendiri dan juga untuk pembaca semua..

sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR