PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, March 5, 2012

BERDIRI UNTUK MENGHORMATI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini saya nak menyentuh tajuk 'Berdiri Untuk Menghormati' yang mana tajuk ini mempunyai maksud yang luas. mungkin sesetengah orang fikir, kita kena berdiri untuk menghormati orang lain atau orang yang lebih tua tapi bukan itu maksud saya..

Setiap rakyat tak kira melayu, cina, india atau kaum bumiputera lain pasti akan berhenti dari melakukan kerja dan berdiri tegak bagi menghormati nyanyian lagu negaraku termasuklah saya. kemudian timbul perasaan di dalam benak saya, kenapa waktu azan dilaungkan, saya tak boleh melakukan perkara yang sama ketika nyanyian lagu negaraku diperdengarkan?

Bila difikirkan semula, semua itu disebabkan oleh iman dalam diri saya dan atas kehendak saya juga. jika iman saya tinggi atau kuat, saya pasti akan mendahului hal-hal agama berbanding hal-hal keduniaan. dalam agama islam menyuruh kita menghormati azan dan menjawab azan yang dilaungkan. kita juga dikehendaki berhenti melakukan kerja jika kerja yang dilakukan tidak membahayakan nyawa jika dihentikan.

Terdetik di dalam hati ini, saya sepatutnya melebihkan hal agama berbanding hal keduniaan. jika hal agama kita tidak lakukan, kita akan dihukum oleh Yang Maha Esa walaupun sekecil zarah, tapi jika hal keduniaan tidak kita lakukan jika tidak diketahui orang, kita tidak akan dihukum. itu lah perbezaan yang harus kita faham..

jadi, mulai pada detik ini, saya akan berhenti dari berfacebook, melakukan kerja dan saya akan mendahului azan berbanding lagu negaraku kerana kedua-duanya adalah penting dalam kehidupan kita di dunia ini..

ini adalah sekadar pendapat dari saya dan harap semua pembaca yang beragama Islam dapat mengambil sedikit pengajaran. saya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati saya ini..

sekian..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR