We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, March 18, 2012

FITNAH SEMAKIN HEBAT 2

Assalamualaikum..

Sedih hati saya bila melihat berita mengenai artis yang difitnah membuat laporan polis dan ingin menyaman pihak yang menerbitkan hal berkaitan dengannya. tak lupa juga ahli-ahli politik yang sememangnya fitnah adalah asam garam dalam kehidupan politik mereka.

Apa yang menyebabkan hati saya sedih? bila difikirkan balik dan bila saya baca artikel dalam internet atau majalah, baru saya sedar kenapa seseorang sanggup menfitnah seseorang.
Kita sekarang hidup di dalam zaman yang memerlukan wang untuk hidup dan pada zaman sekarang, orang tak kisah dari mana datangnya duit yang diperolehi itu? adakah haram atau halal, langsung tidak dipedulikan yang penting mereka dapat memenuhi kemahuan mereka apabila memiliki wang yang banyak.


Demi mendapat wang banyak, mereka sanggup menjatuhkan maruah kawan, jiran atau sesiapa sahaja termasuk saudara sendiri demi mendapatkan wang yang banyak. apabila sifat dengki memenuhi diri, didorong oleh hawa nafsu yang membuak-buak, mereka mula berfikir secara jahat dan mencipta berita palsu yang dipanggil fitnah.

Sesungguhnya kesan fitnah kepada orang yang difitnah amat bahaya. apabila seseorang difitnah, semestinya maruah mereka akan tercalar dan pasti mereka akan dihina oleh masyarakat. keluarga mereka juga akan menerima tempiasnya dan ini boleh memberi tekanan emosi kepada mereka yang terlibat.

fitnah juga adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat. semakin banyak fitnah yang berlaku, maka makin dekat la kita dengan kiamat.

bagi yang membuat fitnah tu, sedarla bahawa anda telah melakukan pembohongan yang besar dan jika tidak dimaafkan oleh orang yang difitnah, maka hukuman di akhirat kelak harus la anda tanggung sendiri.

bagi yang buat fitnah pula, bersabar la dan sentiasa memohon pertolongan dari pada Allah. selepas itu, fikir la kenapa orang sanggup buat fitnah kepada anda? mungkin anda ada melakukan kesilapan kepada individu tertentu tanpa anda sedari. saya bukan nak mengajar tetapi sekadar memberi pendapat.

p/s : kena fikir jap, ade ke orang nak fitnah saya, ambil masa untuk termenung jap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR