PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Friday, January 25, 2013

BUKU TEKS BAHASA ARAB DAN INGGERIS PERLU PERUBAHAN


Bukan semua ibu bapa pandai dan terpelajar untuk mengajar anak-anak mereka membuat kerja sekolah di rumah. Pelajar pula ada yang pandai dan ada yang kurang pandai.
Saya perhatikan kedua-dua buku teks ini tidak mempunyai maksud dan ini menyusahkan ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka. Jika ada maksud pada setiap perkataan, pelajar juga mudah untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut dan tidak mustahil mereka juga tidak perlu untuk merujuk kepada kamus.


Untuk merujuk kepada kamus juga, ibu bapa perlu mengetahui teknik-teknik yang betul dan jika tidak mengikut teknik tersebut, perkataan yang dicari pasti tidak akan dijumpai. Kalau mata pelajaran Bahasa Inggeris, perkara ini mungkin tidak sukar kerana kamusnya mudah untuk dirujuk. Berbeza untuk bahasa Arab. Ibu bapa harus mengetahui perkataan asas bagi perkataan yang hendak dicari sebelum dapat mencari maksud bagi perkataan tersebut. 

Jika merasakan meletakkan maksud bagi setiap perkataan akan memudahkan pelajar, tetapkan hanya kepada buku teks tetapi buku aktiviti atau buku latihan tidak disertakan maksud bagi perkataan. Walaupun Bahasa Arab bukan mata pelajaran wajib dalam UPSR tetapi dalam peperiksaan bulanan, mata pelajaran ini tersenarai. 

Kita cuba fikirkan kepada pelajar yang kurang pandai. Mereka pastinya memerlukan bantuan orang lain untuk menyiapkan kerja sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Jadi, kalau yang tukar ajar pun tak pandai, macam mana nak ajar pelajar ini. Sebab itu maksud setiap perkataan harus disertakan supaya memudahkan untuk mengajar pelajar menyiapkan kerja sekolah.Selain itu, ibu bapa juga boleh belajar sekali kedua-dua bahasa tersebut jika buku teks kedua-dua matapelajaran itu disertakan maksud. 

Saya rasa perkara ini harus dikaji dengan lebih mendalam. Jika perkara ini dilakukan, tidak mustahil ramai pelajar akan mencatat keputusan yang cemerlang dari setahun ke setahun. Perkara ini juga mungkin sesuai untuk mata pelajaran bahasa asing yang lain seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa negara yang lain yang dilaksanakan di beberapa buah sekolah pintar di negara kita.

Ini hanyalah luahan dari ibu bapa yang buntu untuk mengajar anak-anak mereka membuat kerja sekolah. Mungkin ada ibu bapa yang setuju dan mungkin ada yang tak setuju. Itu semua bergantung kepada pendapat masing-masing. Bagi saya, cara tersebut sangat sesuai dan harus dilaksanakan jika kita ingin melihat pelajar kita dapat menguasai bahasa asing. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR