We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, February 2, 2013

HARGA GUNTING RAMBUT NAIK RM 2, PERLU KE?


Gambar hanya sekadar hiasan.

Sekarang ni bukan sahaja harga barang naik, harga perkhidmatan naik juga. Terbaru, harga perkhidmatan gunting rambut akan dinaikkana sebanyak RM 2. Kenaikkan ini diumumkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India, K. Kaviarasan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat mereka.



Jelas Kaviarasan, peningkatan itu disebabkan beberpa faktor termasuk sewa kedai yang lebih tinggi, peningkatan harga untuk peralatan gunting rambut, peningkatan tarif elektrik dan air serta peningkatan gaji pekerja.

"Caj terdahulu sebanyak RM11 untuk memotong rambut dan mencukur dinaikkan kepada RM13 manakala mereka yang sebelum ini mengenakan bayaran sebanyak RM12 boleh naikkan kepada RM14," katanya.

Sementara itu Kaviarasan berkata, caj sebanyak RM9 untuk memotong rambut dan mencukur di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang akan meningkat kepada RM11.

"Kami percaya kenaikan RM2 tidak akan membebankan pelanggan kerana mereka biasanya datang ke kedai gunting rambut kira-kira sekali sebulan," katanya, sambil menambah bahawa tukang gunting India mengenakan bayaran yang lebih rendah berbanding salun rambut lain.

Pada pendapat saya, kenaikkan ini sebenarnya tidak perlu kerana perkhidmatan gunting rambut adalah perkhidmatan yang sentiasa dikehendaki dan diperlukan. Jika harganya dinaikkan, saya percaya kedai gunting yang menawarkan harga lebih murah akan lebih dikunjungi berbanding kedai gunting yang menaikkan harga.

Kita tidak boleh membandingkan harga kedai gunting rambut biasa dengan harga di salon rambut. Ini kerana salon rambut mempunyai pelbagai perkhidmatan yang melibatkan rambut dan peralatan yang digunakan lebih mahal berbanding kedai gunting biasa.

Perkhidmatan gunting rambut ini juga sentiasa dikunjungi oleh pelanggan. Dalam 1 hari, saya pasti ada pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan ini. Mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi RM 13 untuk perkhidmatan gunting rambut adalah sangat melampau.
Walaupun harganya nak dinaikkan, naikkan 50 sen sudah memadai rasanya. Kajian harus dibuat terlebih dahulu dan perbincangan harus dibuat sebelum keputusan ditetapkan.


Ini hanyalah pandangan saya sebagai pelanggan perkhidmatan ini. Saya rasa selepas ini pasti ramai pelanggan mencari rakan-rakan atau tempat yang lebih murah. Tidak mustahil juga pasti ramai yang akan cuba belajar untuk gunting rambut bagi mengelakkan harga gunting rambut yang mahal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR