We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, August 21, 2013

ISU PTPTN-BUKAN TAK NAK BAYAR TAPI TAK DAN NAK BAYAR

 Beberapa hari ini, heboh di laman sosial dan media mengenai isu PTPTN yang akan menyenaraihitamkan atau dalam bahasa orang putih, blacklist nama peminjam yang tidak membayar pinjaman mereka.


Isu ini hangat dibincangkan di laman sosial Facebook. Ramai pemilik akaun Facebook yang kurang berpuas hati dengan tindakan tersebut dan mereka merayu agar perkara tersebut tidak berlaku. Ini kerana jika perkara tersebut dijalankan maka pastinya mereka tidak mampu untuk memiliki kereta atau pun rumah.

Ada sesetengah peminjam ingin melunaskan hutang tersebut tetapi dek kerana jumlah gaji yang kecil dan tanggungan yang banyak menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyelesaikan bayaran tersebut. Bukan semua graduan lulusan IPT akan ditawarkan pekerjaan. Bagi mereka yang bernasib baik, mereka akan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan lulusan yang diperolehi dan mendapat jumlah gaji yang lumayan. Ada juga lepasan yang tidak mendapat peluang pekerjaan malahan ada yang tidak dipanggil temu duga pun, akhirnya memilih untuk bekerja dengan gaji yang lebih murah dengan lulusan yang diperolehi.

Sedang duk belek-belek facebook, ada seorang menteri telah menolak cadangan tersebut dan akhirnya cadangan ini ditolak. Dengan ekonomi negara sekarang, lepasan IPT susah untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk menceburi sektor awam juga semakin sukar apabila pencen dinaikkan menjadi 60 tahun. Syarikat swasta pula sudah memiliki staf yang mencukupi. Ini menunjukkan negara kita kekurangan pekerjaan yang sesuai dengan bidang masing-masing.

Sebab tu ramai lepasan IPT lebih berminat untuk bekerja tidak mengikut bidang yang dipelajari semata-mata untuk mendapat gaji demi menyara keluarga dan juga membayar pinjaman.

Saya amat berharap agar menteri berkaitan memikir teknik terbaik untuk menyedarkan peminjam ini agar membayar pinjaman tersebut. Mungkin pihak PTPTN boleh melaksanakan diskaun atau pun mengeluarkan nama-nama kepada peminjam tersebut di dalam akhbar untuk pendedahan dan pengajaran kepada mereka. Di samping itu juga, pihak berkaitan harus memikirkan cara bagi membantu lepasan IPT yang tidak mendapat pekerjaan agar mereka dapat menemui pekerjaan yang sesuai dengan mereka dan seterusnya dapat menyelesaikan hutang yang mereka miliki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR