We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, August 16, 2013

ISU SEMASA-LAGI KES TEMBAK MATI DILAPORKAN



 Gambar Hiasan.

KLANG - Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya kemudian dihampiri dua
lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

"Lelaki yang membonceng motosikal itu turun dan secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri.

"Suspek kemudian menaiki semula motosikal bersama rakannya dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tembakan berkenaan dipercayai mengenai pipi dan dada Sambhath dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Sinar Harian.



Sampai bila kita harus membaca berita tentang kes tembakan ini? Adakah apabila kes ini mula terkena kepada orang yang mempunyai pangkat atau saudara mereka atau pun pegawai polis sendiri yang terkena tembakan tersebut?


Kes tembakan dilaporkan hampir setiap minggu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Adakah kita berada dalam keadaan selamat? Mungkin sekarang pembunuh hanya membunuh orang yang dikehendakinya tapi cuba bayangkan jika dia tersilap mangsa atau orang awam terkena tembakan rambang dari pembunuh tersebut?


Semua itu harus dikaji dengan segera. Tidak mustahil, rakyat akan takut untuk keluar rumah dan terpaksa terperap di dalam rumah bagi mengelakkan diri dari tembakan rambang.


Pihak berwajib harus mengambil langkah segera bagi menyelesaikan perkara ini. Kalau perlu, kita minta bantuan dari pihak yang mampu membantu menyelesaikan masalah ini.


Sama-sama la kita berdoa agar kita jauh dari musibah ini dan berdoa agar kita selamat di dunia dan di akhirat. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR