We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, June 5, 2014

PATI BEKERJA DI PASARAYA-NAK TANYA PUN SUSAH


Pendatang Tanpa Izin a.k.a PATI semakin memenuhi nagara kita, Malaysia. Jika sebelum ini, mereka hanya terlibat dengan sektor pembinaan tapi sekarang tidak lagi. Mereka sekarang sudah berjaya dan ada yang lebih kaya dari rakyat negera Malaysia sendiri.


Memang kita tidak ragui, PATI sangat rajin. Segala kerja yang disuruh pasti akan dibuat. Yang penting ada upah. Mereka juga menjadi pilihan oleh majikan di negara kita sekarang untuk dijadikan pekerja kerana sanggup bekerja dengan gaji yang rendah. Kalau anda perhatikan, hampir kesemua pasaraya di Malaysia menggunakan PATI.

Kita tak boleh nak marahkan majikan kerana mengambil PATI kerana itu hak majikan tetapi apa yang menjadi masalah ialah apabila kita ingin bertanyakan soalan tentang barang yang hendak dicari. Lain yang kita tanya, lain pula yang jawab. Yang paling sakit hati, bila kita tanya dia buat-buat tak tahu. Buat bodo je.

Boleh nak ambil PATI tapi carilah yang boleh berbahasa melayu walaupun tergagap-gagap. Orang Malaysia sekarang kurang berminat bekerja di pasaraya kerana gaji yang agak murah. Ada PATI yang baik dan layan kita dengan baik bila kita tanya tapi ada juga yang buat tak tau.

PATI ini harus dikawal dari segi kemasukan mereka ke negara kita ini. Tidak mustahil suatu hari nanti, keseluruhan pekerja pasaraya di Malaysia akan dikuasai oleh PATI dan rakyat Malaysia pastinya akan menghadapi banyak masalah untuk membuat pembelian barang nanti.

Saya hanya nak kongsikan pendapat saya mengenai hal PATI ini bukan apa sebab saya rasa sangat payah nak minta bantuan ketika berada di pasaraya. Kalau pasaraya tu kecil, takpe la. Ni kalu pasaraya besar, hypermarket, letih la nak mencarinye..

Saya amat berharap rakyat kita sanggup bekerja di pasaraya dan jangan mengharapkan orang dari negara lain bekerja di negara kita kerana ia akan menyusahkan kita pada masa hadapan. Kerja banyak tapi kita tidak mahu mengambil peluang tersebut..

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR