PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, September 18, 2014

POSTING GAMBAR BOGEL DAN SELEPAS MAKSIAT-REMAJA SEMAKIN TERUK


Heboh di laman sosial dan blog mengenai beberapa keping gambar beberapa pasangan yang baru sahaja selesai melakukan salah satu dosa besar di sisi Islam. Remaja melayu yang beragama Islam tanpa segan silu menayangkan gambar bersama pasangan dan meletakkan status lucah di laman sosial. Terdapat juga beberapa keping gambar menayangkan remaja melayu bertudung berbogel.


Apa sudah jadi dengan remaja sekarang? Adakah mereka sudah hilang rasa malu? Paling penting, adakah mereka tidak takut dengan azab Allah kepada mereka yang berzina ini?

Banyak sebab mengapa perkara ini boleh berlaku. Terlalu mengikut hawa nafsu, sentiasa terdedah dengan perkara yang melalaikan dan kurang didikan agama. Selain itu, kurangnya pengetahuan dari ibu bapa mendorong perkara ini berlaku. Yang paling utama ialah remaja kita sekarang tidak memikirkan masa depan mereka sebaliknya mereka lebih memikirkan kenikmatan yang mereka perolehi ketika itu.

Adakah mereka sedar, apabila mereka memaparkan gambar mereka di internet, pasti ramai saudara-mara atau rakan ibu bapa atau adik beradik mereka yang melihat gambar tersebut. Ini akan menyebabkan jiran dan orang di sekeliling mereka akan mencemuh dan mengeji mereka kerana kesilapan yang kita lakukan. Tidakkah pasangan ini memikirkan perasaan keluarga masing-masing?

Jika anda ingat, pernah beberapa tahun dahulu, sebuah majalah memaparkan kisah remaja berzina di kawasan air terjun dan tanpa disedari, perbuatan mereka telah dirakam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lalu menyebarkannya melalui telefon ketika itu. Ibu bapa dan adik beradik mereka menanggung malu dan berita itu mendapat liputan meluas tapi sekarang, perkara tersebut tidak dipedulikan.

Pihak berkuasa pula langsung tidak mengambil peduli perkara ini dan tiada sebarang tindakan diambil. Tindakan hanya diambil jika pasangan ini berjaya ditangkap ketika berkhalwat di hotel atau rumah tumpangan. Hukuman pula hanya lah denda dan penjara.

Pihak NGO juga senyap mengenai isu ini. Saya yakin suatu hari nanti perkara ini akan menjadi kebiasaan dan rakyat tidak lagi mementingkan soal harga diri dan maruah masing-masing. Apa yang difikirkan hanyalah kepentingan diri iaitu kuasa, duit dan hawa nafsu.

Kita harus sedar, apabila berlaku banyak maksiat di dalam negara kita, bala dari Allah pasti akan menimpa kita. Waktu itu sudah tidak berguna untuk kita menyesal dan mengingati Allah lagi. Allah telah bagi peringatan awal kepada kita tetapi kita tidak mengendahkan langsung larangan Allah. Kita sebaliknya terus melakukan kemaksiatan di bumi Allah ini dan hanya azab yang akan menanti kita nanti.

Sedarlah sebelum terlambat wahai remaja kerana masa depan mu masih jauh. Jika kamu masih terus bergelumbang dengan maksiat ini maka masa negara juga akan hancur bersama dengan kehancuran kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR