We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, December 7, 2015

TOL NAIK, TAMBANG TREN NAIK-RAKYAT TIADA PILIHAN

Rasanya masih segar dan panas tentang kenaikan tambang tren sehingga 120 %. Setelah rakyat pertimbang untuk mengelak dari membayar tol yang juga telah dinaikkan, tambang tren pula dinaikkan. Entah kenapa hati kecil ini seperti tertanya-tanya kenapa rakyat dilayan sampai macam ni sekali?




Adakah pendapatan negara hanya berpunca dari rakyat? Itulah yang bermain di dalam benak hati ini. Bila ditanya kepada yang berkenaan, mereka mengatakan keadaan ekonomi ok, Kalu ok, kenapa perlu naikkan tambang dan tol dan kenapa masa pembentangan bajet, mesti ade defisit? Saya bukan pandai sangat ekonomi tapi saya fikirkan nasib rakyat yang banyak menggunakan tren dan melalui tol untuk ke tempat kerja.

Apabila menyentuh isu bertambah perbelanjaan, rakyat disuruh berjimat. Kadang-kadang sedih memikirkan nasib rakyat yang terpaksa menaiki tren dan lalu tol setiap hari. Macam mana mereka hendak berjimat lagi? Saya pasti mereka pasti berjimat kerana mereka tau mereka berada di pusat bandar yang mana harga barangan dan setiap benda pasti mahal.


Semasa tol naik, ada pegawai atasan yang menyuruh pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif untuk ke tempat kerja dan jika perlu, keluarla awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sedih apabila orang yang kita harapkan untuk membela nasib tapi sebaliknya menindas kita balik.

Menyentuh soal BR1M yang akan diberikan kepada sebahagian rakyat. Rakyat yang dapat BR1M sebahagiannya tidak menggunakan tol dan mungkin juga tidak menggunakan tren. Kebanyyakkan yang dapat tren pastinya penduduk kampung, orang-orang miskin yang tidak mempunyai gaji tetap dan mungkin juga warga asing yang telah mendapat kad pengenalan setelah lama mendiami negara ini dan rakyat yang tiada slip gaji.

Tiada apa yang dapat kita lakukan sebagai rakyat selain dari kembali kepada Yang Maha Berkuasa. Jika kita rasa kita dianiaya maka baik kita adakan solat Hajat mohon dimurahkan rezeki, adakan setiap hari solat Dhuha juga mintak dimurahkan rezeki dan sentiasa basahkan mulut dengan berselawat mohon dimurahkan rezeki. Hanya itu yang mampu kita lakukan bagi memperbaiki kehidupan yang semakin dihimpit kewangan yang semakin teruk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR