We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, December 6, 2015

ANAK DERHAKA KERANA TELEFON PINTAR-DUNIA AKHIR ZAMAN



Telefon pintar menjadi satu keutamaan dalam kehidupan sekarang. Semua peringkat umur memiliki sebiji telefon pintar manakala yang berkemampuan mampu memiliki 2 hingga ke 3 biji telefon pintar.


Saya ada terbaca satu laporan akhbar mengenai seorang anak yang sanggup mencederakan emaknya hanya kerana sebiji telefon pintar. Itulah yang akan saya cuba bagi pandangan di sini kali ini. Apabila hilangnya nilai kasih sayang di dalam diri maka nafsu yang membuak-buak akan menyebabkan seseorang itu tidak kenal sesiapa pun termasuklah ibunya sendiri.

Ramai anak-anak sekarang ini dihadiahkan telefon pintar oleh ibubapa yang berkemampuan. Yang darjah 1 ade tablet wifi, yang darjah 4 telah diberi telefon siap dengan kad sim. Itu yang berkemampuan. Bagi yang tak berkemampuan, pasti teringin untuk memilikinya. Menyedari ibubapa tak mampu nk belikan, ada yang sanggup mencuri kerana ingin memiliki telefon pintar. Ada yang sanggup mencuri harta ibubapa demi memiliki telefon pintar.

Anak-anak yang masih kecil pula sanggup menengking dan memarahi ibu jika ibunya menasihati atau melarang bermain telefon pintar secara berlebihan. Sedih bila melihat kanak-kanak sekarang yang lebih banyak bermain telefon dari mengadap buku pelajaran. Sebab tu la kalu tengok perangai sebahagian budak sekolah sekarang semakin teruk. Kes buli, khalwat, dan pelbagai lagi perkara yang tidak elok dilakukan oleh budak sekolah sekarang. Semua ini berpunca dari telefon pintar yang sentiasa dilengkapi dengan internet sehingga anak-anak mudah melayari perkara yang tidak elok.

Saya rasa setiap ibubapa harus memainkan peranan masing-masing. Jika sebelum ini, anak-anak terpengaruh dengan ibubapa yang sering memegang telefon, cubala untuk tinggalkan sekejap telefon dan layan lah anak-anak. Ajarlah mereka kehidupan. Jangan biarkan telefon memusnahkan masa depan anak-anak kita.

Telefon pintar ini sebenarnya ade banyak kebaikan jika ianya digunakan dengan sebaiknya. Pemantauan ibu bapa amatlah penting dan pastikan anak kita tidak menggunakan telefon untuk melihat perkara yang tidak elok yang sangat mudah untuk tersebar di ruang internet sekarang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR