We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, October 30, 2010

KHALWAT, APAKAH PUNCANYA?

Assalamualaikum..

hari ini saya memilih tajuk Khalwat kerana saya ingin memberikan pendapat saya tentang tajuk ini..

Khalwat adalah satu perbuatan maksiat yang amat berbahaya kerana ia akan menjerumuskan pembuatnya ke arah zina dan zina adalah amat jijik dan hina di sisi Allah..

kes khalwat ini sentiasa disiarkan di dada akhbar dan berita di televisyen. adakah remaja kita sekarang telah lupa ajaran agama islam yang sangat melarang melakukan perbuatan ini? adakah punca perbuatan ini berpunca dari keluarga yang berpecah-belah, yang bercerai berai? tidak sama sekali..

pada pencapat saya. punca yang menyebabkan semua ini berlaku adalah kerana
1. remaja kita sekarang kurang didikan agama
2. terlalu mengikut hawa nafsu
3. kurang perhatian dari keluarga
4. sikap kurang prihatin daripada masyarakat
5. kurang penguatkuasaan dari pihak berkuasa dan kerajaan
6. terlalu terpengaruh dengan rakan sebaya
7. terpengaruh dengan cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen, filem dan cd
8. hotel murah yang banyak

jadi macam mana kita hendak menghindari semua punca khalwat ini. ini adalah penyelesaian yang boleh difikirkan untuk menyelesaikan masalah ini..

1. ibu bapa harus mengambil berat tentang hal-hal peribadi anak agar dapat menghindari dari peringkat awal lagi. mereka mesti tau siapa kawan-kawan dan kenalan yang rapat dengan anak mereka.
2. penguatkuasaan perlu lebih ketat. hukuman yang ketat dibuat supaya remaja takut untuk melakukan maksiat tersebut.
3. kerajaan harus membuat kempen mencegah penularan maksiat ini dan meletakkan papan tanda mengenai hukuman khalwat ini dari segi agama.
4. masyarakat hendaklah lebih prihatin dengan membuat laporan jika terlihat perkara-perkara yang tidak elok ini.
5. menutup tempat-tempat yang boleh digunakan untuk membuat maksiat
6. membuat pemeriksaan yang lebih kerap ke hotel-hotel murah
7. mewujudkan satu sistem di dalam internet supaya dapat menghalang laman-laman web berunsur lucah.
8. melarang anak-anak dari keluar dengan rakan-rakan yang tidak elok
9. sentiasa menasihati anak-anak tentang bahaya khalwat dan akibatnya

setiap maksiat yang berlaku didalam sesebuah tempat bukan hanya dihukum kepada pembuat maksiat sahaja tetapi seluruh tempat itu akan dihukum juga. cuba kita perhatikan negara kita sekarang, ribut taufan, tanah runtuh dan sebagainya adalah hukuman dari Yang Maha Esa supaya kita sebagai hamba sedar kesilapan dan jangan melakukan maksiat.

sama-sama la kita merubah diri kita supaya negara kita akan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.

wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR