PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, February 3, 2011

BOHONG SUNAT, ADA KER?

Assalamualaikum. lama dah rasanya tak membuat artikel di blog saya ni. Jadi, hari ini saya berpeluang untuk memberi pendapat tentang satu tajuk yang saya baca melalui blog pakar how to.com iaitu bohong sunat, boleh ker..

Artikel tersebut menceritakan tentang seorang ayah yang menelefon anaknya di luar negara dan mendakwa ingin menceraikan isterinya yang telah dikahwinkan selama 35 tahun. Anak yang risau dengan keadaan tersebut menelefon kakaknya yang berada di australia dan mereka sepakat untuk pulang bagi menghalang penceraian tersebut berlaku. tujuan sebenar si ayah membuat begitu adalah untuk bersama dengan anak mereka ketika menyambut suatu perayaan. itulah yang dikatakan bohong sunat..

jadi,ape yang saya faham tentang artikel tersebut ialah si ayah berbohong dengan anak2 nyer kerana ini menyambut perayaan bersama anak2 di rumah mereka. jika si ayah tidak berbuat demikian, semestinya anak2 mereka akan memberikan alasan untuk mengelakkan dari pulang ke kampung..

adakah kita dibenarkan berbohong untuk tujuan sedemikian, sedangkan dalam islam melarang kita berbohong? tapi adakah berbohong dengan tujuan untuk bersama anak2, tidak dilarang di dalam islam?

kalau kita fikirkan dengan baik, kenapa si ayah sanggup berbohong dengan anaknya sampai begitu sekali? rindu dan ingin bersama,bagi saya itulah pendapat saya tentang kes ini.

itu la sifat seorang ayah. kerana ingin bersama anaknya yang disayangi, dia sanggup membohongi anaknya demi dapat berkumpul bersama ketika perayaan tetapi adakah perbuatannya itu akan dapat diterima oleh si anak. adakah anaknya akan mengetahui niat ayahnya. jika anak yang baik, semestinya dia akan memahami kehendak ayahnya itu..

jadi, kesimpulan yang dapat dibuat oleh saya ialah hubungan ibu bapa dengan anak2 bukan setakat masa kecil sahaja tapi sampai akhir hayat mereka. sebab itu seorang ayah sanggup lakukan apa saja demi kasih sayang kepada anak yang tercinta..sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR