PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Saturday, February 12, 2011

KENAPA REMAJA SUKA MEREMPIT


KENAPA REMAJA SUKA MEREMPIT?
itu lah perkara yang bermain di minda saya apabila melihat beberapa buah motor melintasi kereta saya ketika memandu ke bandar. ade yang berseorangan dan ade yang berdua-duaan dan ade juga yang tak pakai topi keledar..

KENAPA REMAJA SUKA MEREMPIT?
pada pendapat saya, remaja suka merempit kerana ingin menunjukkan skill atau cara pemanduan mereka kepada rakan-rakan mereka. jika ape yang dilakukan berjaya seperti mengangkat tayar hadapan selama beberapa meter, rakan-rakan mereka akan bersorak dan memuji aksinya tetapi jika aksi yang mereka buat itu tidak menjadi dan mereka terlibat dalam pelanggaran, rakan-rakan yang melihat tadi tidak akan tolong tapi sebaliknya akan terus blah dari tempat tersebut. adakah ini yang remaja kita suka?

KENAPA REMAJA SUKA MEREMPIT?
kita lihat pada puncanya pula, remaja sekarang lebih minat kepada keseronokan masa sekarang berbanding keseronokan masa depan yang berpanjangan. mereka terpengaruh dengan rakan-rakan yang suka menceritakan kenikmatan yang diperolehi jika menjadi seorang merempit. apabila memenangi sesuatu perlumbaan, mereka akan diberikan ganjaran yang menarik dan ganjaran tersebut pasti takkan ditolak oleh mat rempit yang sememangnya tak berduit.
selain itu, kurang didikan agama dan perhatian daripada ibu bapa juga adalah punca remaja berminat menceburi bidang mat rempit ini. jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih terutama bab agama dan kehidupan, semestinya remaja kita takkan terlibat dengan bidang yang telah diharamkan oleh majlis fatwa. jadi, diharap semua ibu bapa dapat memberikan lebih perhatian kepada anak masing-masing agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah ini.
KENAPA REMAJA SUKA MEREMPIT?
kesimpulannya saya berpendapat kejadian merempit yang mula merisaukan semua pihak ini perlu diselesaikan dengan segera dan kita juga hendaklah memastikan remaja kita sekarang terhindar dari anasir-anasir yang tidak elok yang boleh menghancurkan bangsa, agama dan bangsa.
sama-sama la kita fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR