PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Saturday, February 12, 2011

WAJARKAH SEKOLAH HARAPAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada kali ini, saya akan meluahkan pendapat saya mengenai sekolah harapan bagi pelajar-pelajar hamil. saya harap apa yang saya luahkan ini dapat dikongsi oleh pengunjung blog ini..

kewujudan sekolah harapan ini semestinya ada baik dan ada buruknya tetapi pendapat yang saya ingin luahkan di sini adalah lebih kepada keburukan sekolah harapan tersebut..


banyak pendapat yang telah saya baca mengenai sekolah ini dan ada yang menyokong dan ada juga yang membantah dan salah seorangnya adalah saya. kenapa saya membantah kewujudan sekolah ini sedangkan sekolah ini akan memberikan sinar harapan kepada remaja yang terlanjur? ini pandangan saya..

nasi kalau dah jadi bubur memang kita dah tak boleh tukar balik kepada nasi.sama juga dengan keadaan remaja yang mengandung ini.apabila perkara tersebut yang berlaku, maka remaja dan keluarga remaja tersebut hendaklah redha dengan apa yang telah berlaku. sebenarnya, bila pihak perempuan dihantar ke sini, apa yang akan berlaku kepada si lelaki? perempuan dihantar ke sekolah harapan tetapi yang lelaki pulak duduk goyang kaki dan silap-silap, perempuan yang sedang mengandung itu dapat madu percuma sebab si lelaki tidak dikenakan apa-apa tindakan. adilkah apa yang berlaku?

kenapa kah ibu bapa si perempuan tidak mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan? adakah dengan menghantar anak perempuan ke sekolah harapan dapat menyelesaikan masalah? tidak sekali-kali. masalah baru akan timbul apabila anak yang lahir itu adakah dapat didaftarkan dan apabila sudah besar nanti, apakah pandangan masyarakat kepada anak tersebut apabila mengetahui yang dia adalah anak luar nikah. semua perkara tersebut harus diteliti sebelum membuat keputusan menghantar ke sekolah tersebut..

pada pendapat saya, seharusnya kedua-dua remaja tersebut harus dikahwinkan dan segala masalah mungkin dapat diselesaikan dengan baik. jika terdapat masalah yang timbul, rujuk lah pihak jabatan agama islam supaya langkah yang kita ambil itu adalah mengikut ajaran islam dan diterima Allah Taala..

salah satu cara lagi ialah hindari lah zina sebelum ia berlaku. apabila ia berlaku, maka banyak masalah akan berlaku dan pada masa itu, tiada apa yang dilakukan selain bertaubat dan bertawakal kepada Allah Taala..

akhir kata dari saya, sama-samalah kita menjauhkan diri kita dari melakukan maksiat dan perbanyakkan lah beribadat kepada Allah dan berdoa selalu kepadaNya agar dihindarkan dari maksiat yang boleh menjerumuskan kita ke arah kebinasaan..

sekian dari saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR