We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, March 24, 2011

GEMPA BUMI DAN TSUNAMI: TANDA-TANDA HARI KHIAMAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda jepun. banyak kehilangan dan kematian ahli keluarga dan kemusnahan harta benda termasuk rumah telah berlaku..

di dalam Al-Quran ade menyebutkan tanda-tanda kiamat dan salah satu daripadanya adalah bencana alam. sekarang sudah jelas bahawa kita sedang menuju ke arah hari kiamat apabila hampir setiap bulan kita digemparkan dengan berita tentang bencana alam. antara bencana yang kerap berlaku sekarang ni adalah gempa bumi dan banjir besar di brazil dan Australia.

sesungguhnya bumi kita semakin teruk dan semakin banyak kemusnahan bakal berlaku..

tapi adakah kita sebagai penghuni di bumi ini sedar akan tanda-tanda ini?

tidak. kenapa saya berkata begitu? ini kerana manusia semakin hanyut dengan keseronokan di dunia dan semakin banyak melakukan maksiat di bumi Allah ni..

remaja sekarang pun semakin teruk. semua aktiviti yang tidak elok telah dilakukan oleh remaja kita.

selepas ini, tidak mustahil negara kita pun akan dilanda bencana kerana Allah tidak menghukum orang yang melakukan maksiat tersebut tetapi Allah akan hancurkan tempat berlakunya maksiat tersebut. jadi, jika kita tidak menghalang maksiat ini, kita yang tidak melakukan kesalahan pun akan menerima akibat yang sama.

jadi sama-sama la kita saling memperingati antara satu sama lain dan sedar la bahawa kiamat kian hampir dan sama-sama la kita bertaubat kepada Allah taala dengan segera..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR