PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, March 3, 2011

KENAPA REMAJA SEKARANG PERLEKEHKAN AURAT?

Assalamualaikum

pada kali ini saya ingin meluahkan tentang satu perkara yang memang berkait rapat dengan diri kita dan amat penting untuk kita jaga perkara ini kerana ianya mempunyai kesan yang sangat besar kepada orang lain dan perkara itu adalah aurat.

apakah itu aurat? ada yang tau maksud aurat dan ade yang tak tau. ada yang beranggapan aurat ni hanya terbatas kepada orang yang tidak dikenali tapi pada orang yang dikenali, aurat tidak terbatas..

aurat dari segi bahasa iala keaiban. maknanya benda yang tidak elok dilihat oleh orang lain. dari segi syarak pulak, bahagian tubuh badan yang harus dilindungi daripada pandangan orang lain. jadi aurat ni sebenarnya perkara yang wajib kita tutup dalam apa jua keadaan tapi sekarang ni dah terbalik..

saya cukup sedih dengan pakaian anak-anak remaja kita sekarang. mereka lebih suka mendedahkan aurat mereka daripada menutupnya. mereka juga bangga dengan apa yang mereka lakukan..

kenapa kah perkara begini boleh berlaku? adakah kerana ibu bapa mereka? adakah kerana pengaruh rakan sebaya? adakah kerana pendedahan berkaitan fesyen dan adakah kerana mereka telah tiada iman di dada?

anak ibarat kain putih dan yang mencorakkan kan kain putih itu adalah ibu bapa. ibu bapa adalah contoh yang paling dekat untuk diikuti oleh anak-anak. jika ibu pun mendedahkan aurat, anak pasti akan mendedahkan aurat jugak..

tapi jangan selalu salahkan ibu bapa. ada satu lagi punca yang amat kuat mampu merobohkan benteng keimanan iaitu pengaruh rakan. masa kat kampung, cantik jer pakai tudung, tutup habis tapi bila dah pandai berkawan, mula la ade bahagian yang tak tertutup. mula bukak tudung, pastu tukar fesyen baju, pastu terus dedah terus, siap videokan lagi..

satu lagi, suasana disekeliling mereka.mereka sentiasa melihat di dalam tv, pelakon yang memakai baju yang tak cukup kain, nampak cantik dan anggun. naluri wanita semestinya ingin kelihatan cantik dan terus wujud perasaan untuk mencuba baju tersebut. ini juga didorong oleh kurang didikan agama dan kurang keimanan yang utuh di dalam diri..

ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak mereka. mereka seharusnya mendedahan anak mereka tentang aurat. jika ibu bapa tidak mengawal perkara ini, ia akan berterusan sehingga ke anak cucu mereka yang seterusnya. adakah kita mampu untuk menampung segala dosa yang telah dilakukan oleh anak dan isteri kita..

sedarlah wahai umat Islam semua, kita ada agama yang telah menyusun dan menetapkan sesuatu perkara dengan elok dan teliti. kenapa kita tidak mampu untuk menjaga aurat yang amat mudah untuk kita jaga?

ingatlah setiap apa yang kita lakukan aada balasannya dan jika kita percaya Allah itu wujud, maka neraka dan syurga pun pasti wujud. jika anda sanggup untuk dibakar kepala dan bahagian aurat anda dibakar dengan api neraka, silakan..

itu sahaja daripada saya. apa yang baik itu adalah daripada Allah dan yang tak baik tu adalah kesilapan saya sendiri. apa pun semuanya adalah ketentuan Allah..

sekian..

wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR