PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, March 24, 2011

KENAPA TANDAS MASJID KOTOR?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam perjalanan pulang dari kuala terengganu ke kelantan, jadi saya singgah kat masjid di kawasan padang luas untuk solat asar. alang-alang dah berenti, terasa nak terkucir pulak. jadi lepas turun dari kereta,saya terus menyusun langkah menuju ke tandas. apabila masuk ke tandas tersebut, saya tengok tandas itu sangat uzur dan perlukan penyelenggaraan..

saya kadang-kadang terfikir, kenapa tandas masjid kotor sedangkan sebelum masuk ke masjid tersebut saya telah melihat satu papan tanda tertulis 'Kebersihan Sebahagian Daripada Iman"?

ini antara pandangan yang dapat saya berikan kenapa tandas masjid kotor..

1. kerana tiada sesiapa yang ingin menjadi tukang cuci di masjid. biasanya kebersihan masjid akan diuruskan oleh ajk masjid dan jika pihak ajk tidak menjaga kebersihan tandas, maka tandas tersebut akan bertambah kotor..

jadi apa yang harus dilakukan oleh pihak masjid untuk menjaga kebersihan tandas masjid? ini adalah pandangan saya, pihak masjid harus menggajikan seseorang untuk menjaga kebersihan tandas masjid agar tandas masjid sentiasa bersih dan cantik. pihak masjid juga boleh menggunakan duit derma untuk menjalankan penyelenggaraan kepada tandas masjid agar pelancong muslim yang ingin menggunakan tandas tersebut, dapat menggunakannya dengan baik dan sempurna..

2. kerana sikap pengguna tandas yang tidak bertanggungjawab. ade sesetengah pengguna tandas yang singgah di masjid tidak menjaga kebersihan tandas dan tidak sengaja merosakkan kelengkapan di dalam tandas. jadi, apabila tandas rosak, maka orang lain tak dapat nak gunakan tandas tersebut dengan baik..

jadi apa yang harus dilakukan oleh pihak masjid dan juga pengguna tandas? pada pihak masjid, saya sarankan pihak masjid menyediakan baldi dan wayar untuk memudahkan mencuci hadas kecil atau hadas besar. selain itu, pengguna juga harus menggunakan pam tandas dengan betul. jika pam itu tidak berfungsi, pengguna boleh menggunakan baldi untuk mencuci tandas tersebut setelah digunakan. jika itu yang diamalkan, insyaAllah tandas di masjid akan sentiasa elok dan bersih..

jadi apa yang saya ingin katakan telah saya perkatakan dan sama-samalah kita ingat dan amalkan demi kebersihan tandas masjid di setiap masjid.

sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR