We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, May 9, 2011

KENAPA SAYA HARUS JADI PENGAMPU?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin kongsikan satu artikal yang menarik untuk renungan semua. Sila lah baca artikel di bawah ni yer..


Kenapa Saya Harus Menjadi Pengampu?
Sebab saya ni memang dilahirkan untuk menjadi seorang pengampu. Sejak sekolah rendah lagi saya dah jadi pengampu. Masa sekolah dulu, saya mengampu cikgu jer. akhirnya saya dilantik jadi ketua pengawas sekolah. Hebatkan kuasa mengampu ni. Saya juga sangat disayangi oleh cikgu2 saya sebab saya suka mengampu. Mana2 murid yang cakap2 tak elok pasal cikgu, saya pasti laporkan kat cikgu saya. Diorang pun kena hukum. Sukanya saya..hehehe..

Kenapa Saya Harus Menjadi Pengampu?
Sebab saya sayangkan ketua saya. Saya tak boleh dengar kalu orang kutuk ketua saya. kalu saya tak bagitau bos saya, saya mesti tak leh wak keje dan tak lena tido. Saya pun pelik dengan diorang ni. Kenapa tak suka kat bos, sedangkan bos saya tu baik sangat. Kalu saya cakap, ketua saya pasti percaya kat saya walaupun benda tu tipu. hehehe..Hebat tak saya mengampu..Bos saya yang belajar tinggi2 pun percaya kat saya yang kelas 1 tingkat jer..hahaha..

Kenapa Saya Harus Menjadi Pengampu?
Sebab masa sekolah dulu, saya paling suka wak karangan tentang laporan. Tak kisah la laporan lawatan ke, laporan perkhemahan ker, saya memang suka. Bila dah besar ni, takkan nak wak laporan macam tu lagi, jadi saya berubah la kepada laporan berbentuk mengampu ni. Lagi senang laporan mengampu dari laporan masa kat sekolah tu. Format pun tak der. Bagitau jer ketua, tak kisah la tepon ker, sms ker, email ker, dia pasti akan terima..

Kenapa Saya Harus Menjadi Pengampu?
Mudah sikit saya naik pangkat ker, dapat projek ker, boleh tambah pendapatan sikit. cuba tengok orang yang tak mengampu ketua, miskin, keje pun tak tenang. Nak tenang macam mana, keje tak ikhlas. Tolong la ketua kita. Kita kena hormat pemimpin kita. Mana boleh kutuk pemimpin kita.

Mari la sama2 kita jadi pengampu, cerah masa depan..

sekian.

Macam mana? Terukkan perangai orang yang suka mengampu ni. Macam tak de keje lain. Sama2 la kita berdoa, mohon kepada Allah Taala agar kita dijauhkan dari orang yang macam ni. Pengampu ni boleh diibaratkan seperti pepatah berikut, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana dia, satu kumpulan, bahagian, negeri atau bangsa boleh hancur.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR