We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, May 9, 2011

NAIK PANGKAT DENGAN MENJATUHKAN ORANG LAIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa khabar semua? Dah lama tak post sesuatu kat blog saya ni..

Hari ini saya ingin menyentuh tentang satu topik yang sering berlaku di dalam sektor pekerjaan. Tak kisah la kerajaan atau pun swasta, perkara ini pasti akan berlaku.

Saya ingin meluahkan pendapat saya tentang naik pangkat tapi dengan cara menjatuhkan rakan-rakan. Kenapa saya ingin meluahkan tentang topik ini?

Setiap pekerja kerajaan atau swasta sememangnya ingin naik pangkat. sebab ape? Mungkin kerana keluarga, kuasa, wang dan sebagainya.

Pelbagai cara digunakan supaya dapat naik pangkat dan ada yang guna cara baik dan ada yang guna cara jahat.

Kalau guna cara baik, kita tak kisah sangat la tapi yang guna cara jahat ni, kita benci sangat2. Bukan zaman sekarang ni jer ade, zaman dulu pun dah ade naik pangkat cara jahat ni. Sebab tu wujudnya simpulan bahasa batu loncatan, gunting dalam lipatan, talam dua muka. semua itu menjurus kepada cara jahat untuk naik pangkat dengan menggunakan orang lain.

Tak kisahla zaman sekarang ni makin ramai yang sanggup menjatuhkan kawan sendiri supaya namanya menjadi terkenal dan berpeluang untuk cepat naik pangkat. Kawan dia pula sepatutnya layak, terus tak dapat naik pangkat kerana perangai buruknya. Orang macam ni memang tak kesian kan orang lain dan rela tengok orang lain susah asalkan dia senang. Memang jahat.

Kes macam ni pun ada. Makhluk ni akan naik pangkat. Jadi, sebab dah lama keje kat tempat tu dan anak isteri dia pun dah biasa kat tempat dia tinggal maka dia pun usaha la supaya naik pangkat kat tempat yang sama. Masalahnya jawatan kat tempat dia dah penuh jadi dia pun risau takut ditukarkan ke tempat yang lain. Dia pun mula la buat pelbagai fitnah supaya pemegang jawatan yang sama untuk dia naik pangkat tu ditukarkan ke tempat lain atau unit lain. Bila ada kekosongan, maka dia pun boleh la isi tempat kosong tersebut. Sampai macam tu sekali orang sekarang ni sanggup buat kan.

Selain tu, ade juga yang sanggup sihirkan kawan dia atau pekerja lain supaya tak dapat naik pangkat. Sanggup syirik kepada Allah Taala demi kepentingan dunia yang sementara tapi kat akhirat, kena hukum sampai bila2.. Tak pikir ker..

Itu lah keadaan dunia sekarang. Kuasa dan wang lebih penting dari hubungan sesama manusia dan kasih sayang antara keluarga. Sanggup tinggalkan keluarga demi kuasa dan wang.

Sama2 lah kita muhasabah diri kita. Saya berpesan kepada saudara sekalian dan diri saya juga, sedarlah bahawa kuasa dan wang tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat. Dunia hanya sementara tapi akhirat kekal abadi.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR