PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Wednesday, February 20, 2013

PUTUS SELEPAS SEMINGGU BERTUNANG


Sekarang ini, dunia artis dihebohkan dengan kisah seorang pelakon terkenal yang putus tunang selepas baru sahaja bertunang pada minggu lepas. Ada spekulasi mengatakan wanita yang bertunang dengan pelakon tersebut telah bersuami.


Itulah yang berlaku kepada Fizz Fairuz yang sangat sedih dan malu dengan perkara tersebut. Dia tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepadanya. Siapa yang tak sedih dan malu jika perkara begini berlaku kepada diri sendiri.

Pertunangan yang mendapat liputan meluas dari media itu pastinya menggembirakan peminat, ahli keluarga dan Fizz sendiri tapi selepas perkara ini berlaku, ramai yang akan membuka cerita yang tidak elok. Dari tahniah mungkin bertukar kepada perkataan yang teruk seperti padan muka.

Saya ada terbaca dalam internet mengatakan wanita tersebut membuat pengakuan bahawa Fizz berbohong mengenai statusnya. Wanita tersebut mengatakan bahawa dia masih belum berkahwin. Pada masa yang sama juga, terdapat artikel yang mengatakan suami wanita tersebut tidak memarahi Fizz kerana yang bersalah dalam hal ini adalah wanita tersebut.

Nampaknya perkara ini menjadi makin rumit. Kita tak pasti siapa betul tapi perkara ini dapat diselesaikan dengan perbincangan 3 pihak ini. Yang dah diputuskan boleh disambung semula tapi saya rasa setakat itu sahaja perhubungan pasangan ini.

Semoga perkara ini tidak berlaku lagi kepada orang lain dan pastikan kita betul-betul mengetahui asal usul pasangan kita jika kita ingin jadikan dia pasangan hidup kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR