PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, June 25, 2015

PELAJAR PEREMPUAN BERGADUH KERANA SEORANG LELAKI-PERANGAI PELAJAR MAKIN TERUK


Heboh di blog dan telah menjadi viral di Facebook tentang video pergaduhan dua pelajar perempuan berbaju sekolah merebut seorang lelaki. Video tersebut yang berdurasi 1 minit lebih itu memaparkan bagaimana salah seorang pelajar perempuan berjaya menewaskan lawannya apabila lawannya telah terperangkap di dalam longkang dan tak berdaya untuk menangkis serangan yang dituju kepadanya.




Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua ialah perangai pelajar kita semakin teruk. Sanggup kedua-dua pelajar perempuan itu bergaduh kerana seorang lelaki yang belum pasti ikhlas berkawan dengan mereka dan elokkah perangainya? Saya yakin lelaki itu langsung tidak kisah jika kedua-dua pelajar itu bergaduh sehingga kedua-duanya cedera kerana lelaki itu bukan lelaki yang baik. Jika dia seorang yang baik, pasti dia tak akan mengadakan hubungan dengan kedua-dua pelajar itu.

Apa yang pasti, keluarga kedua-dua pelajar itu pasti menanggung malu kerana perbuatan mereka itu. Apabila video itu tersebar, pasti ada saudara, rakan-rakan adik-beradik atau ibu bapa mereka yang menyaksikan video tersebut. Mereka pasti akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut.

Situasi remaja atau pelajar kita sekarang adalah suka meniru budaya orang barat. Ketika masih bersekolah, sudah pandai untuk berkasih-kasihan dan apa yang saya perhatikan, sesetengah pelajar kita tidak kisah walaupun tidak berjaya dalam pelajaran. Apa yang penting, hidup kena enjoy.

Sesuatu harus dilakukan sebelum perkara seperti ini bertambah teruk. Yang pasti, penerapan akidah dan ilmu agama Islam perlu lebih diterapkan di sekolah. Ibu bapa juga harus membimbing anak-anak dengan ilmu agama dan mengambil masa bersama mereka agar mereka tahu bahawa mereka lebih disayangi berbanding orang lain.

Itu hanya pandangan saya berhubung video pergaduhan tersebut. Saya amat berharap kedua-dua pelajar tersebut akan berbaik semula dan kembali menumpukan kepada pelajaran. Tinggalkan dahulu kisah cinta monyet ini kerana yang menanti di masa hadapan mungkin lebih baik dari sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR