We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, July 25, 2015

ANDA INGIN TAHU DI MANA LEBUHRAYA BELUM RASMI TAPI DAH MEMBUNUH?

Banyak kemalangan telah dicatatkan di lebuhraya ini walaupun masih belum dirasmikan sepenuhnya oleh pihak berwajib. Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes kemalangan maut di lebuhraya ini. Terdapat juga banyak rungutan dari pengguna yang menggunakan laebuhraya ini. Antara rungutan tersebut adalah mengenai keadaan jalan yang 'bumping' dan keadaan ini sangat bahaya kepada kenderaan.


Pasti anda sudah boleh meneka lebuhraya manakan? Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau lebih mudah disebut LPT2. Sejak mula dibuka kepada pengguna jalan raya secara menyeluruh iaitu bermula dari Tol Gombak terus ke Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh, telah banyak kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di lebuhraya ini.

Terdapat pelbagai kes kemalangan yang telah dilaporkan tetapi langsung tiada penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah ini. Ada yang mengatakan kemalangan tersebut disebabkan kelalaian pemandu yang memandu laju. Saya akui perkara itu juga mendorong kepada berlaku kemalangan tetapi keadaan jalan juga boleh menyebabkan kemalangan.

Statistik kemalangan di LPT sejak awal tahun ini agak membimbangkan dengan jumlah korban yang tinggi.

Terbaru, Kemalangan Mengerikan Di LPT2 Seorang Pelajar GMI Bangi di KM 371.8 berlaku sabtu 25.07.2015

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, Dungun, 24 Julai.

Pada 5 Julai yang lalu, seorang penceramah bebas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 352.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2, berdekatan Bukit Besi, hari ini.

Dalam kejadian di Dungun pada 3 Jun lepas, seorang maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan lain di Kilometer 356.

Nahas berulang semula pada 23 Mei, di lokasi yang sama, apabila seorang lagi maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Dalam perkembangan berkaitan, pada 13 Mei seorang penuntut Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor maut selepas motosikalnya terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Dungun.


Insiden pada 14 Mac pula, seorang maut manakala tujuh lagi cedera apabila kenderaan MPV yang dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta terbalik di Kilometer 205.6 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pada 18 Februari, dua maut termasuk seorang bayi berusia setahun apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 384.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.

Terdahulu, pada 4 Februari lalu, seorang bayi lelaki berusia 11 bulan maut selepas kenderaan yang dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 313.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, berhampiran susur keluar tol Kijal.

Sesuatu harus dilakukan agar kemalangan yang sering berlaku ini dapat dikurangkan atau dihentikan terus. Kepada pengguna lebuhraya ini pula, sama-samalah beringat dan sentiasa berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya ini agar nyawa anda tidak melayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR