
Lebih kurang 3 minggu sudah berlalu sambutan hari Maulidur Rasul yang lalu. seluruh dunia menyambut hari tersebut dengan pelbagai acara dan sambutan yang dilakukan dengan meriah sekali. negara kita juga tidak terkecuali dengan perarakan dan pelbagai acara untuk menunjukkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
tetapi terlintas di fikiran kecil saya ni, adakah sambutan Maulidur Rasul ini hanya dengan perarakan, pentomin mengenai perjuangan Rasulullah dan lagu-lagu yang berunsurkan keagamaan? perkara itu terlintas ketika melihat rancangan sambutan tersebut di stesen televisyen dan ketika melihat perarakan pelajar-pelajar sekolah rendah berdekatan tempat kerja saya. kenapa harus perarakan dan acara hiburan? kenapa tidak sahaja dibuat bacaan Yassin dan setiap stesen tv memaparkan cerita-cerita yang berkaitan sejarah perjuangan Nabi kita dan setiap kampung menyambutnya dengan mengadakan selawat dan berselawat kepada Nabi kita..