We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Monday, November 19, 2012

TAHUN BARU HIJRAH-AZAM TAHUN BARU ISLAM


Pada hari Khamis yang lalu, umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Muharam 1434 Hijrah. Pelbagai program dibuat untuk bagi menunjukkan keistimewaan awal Muharam ini melalui ceramah, perarakan, pertandingan nasyid dan lain-lain.

Monday, October 22, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI-AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH


Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada hari ke 10 Zulhijjah 1433 bersamaaan 26 Oktober 2012 iaitu hari Jumaat ini. Jadi, sempena sambutan Hari Raya Haji ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji kepada semua pengikut blog saya dan pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini.

Thursday, September 20, 2012

KENAPA NABI KITA DIHINA?




Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum..Belum pun selesai kes sebuah filem pendek,Innocence of Muslims dibuat untuk menghina nabi, kita dihidangkan pula dengan sebuah syarikat majalah di Perancis, Charlie Hedbo menyiarkan sebuah karikatur berkenanaan nabi kita. Majalah ni memang nak cari pasal la.Majalah ini pernah membuat perkara yang sama pada tahun lepas dan pejabat mereka telah diserbu dan dilempar dengan bom api kerana mengkritik gerakan radikal islam. Selain di Perancis, karikatur menghina nabi juga telah dibuat di negara Denmark.

Friday, February 25, 2011

MAULIDUR RASUL: BAGAIMANAKAH CARA BETUL MENYAMBUTNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Lebih kurang 3 minggu sudah berlalu sambutan hari Maulidur Rasul yang lalu. seluruh dunia menyambut hari tersebut dengan pelbagai acara dan sambutan yang dilakukan dengan meriah sekali. negara kita juga tidak terkecuali dengan perarakan dan pelbagai acara untuk menunjukkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

tetapi terlintas di fikiran kecil saya ni, adakah sambutan Maulidur Rasul ini hanya dengan perarakan, pentomin mengenai perjuangan Rasulullah dan lagu-lagu yang berunsurkan keagamaan? perkara itu terlintas ketika melihat rancangan sambutan tersebut di stesen televisyen dan ketika melihat perarakan pelajar-pelajar sekolah rendah berdekatan tempat kerja saya. kenapa harus perarakan dan acara hiburan? kenapa tidak sahaja dibuat bacaan Yassin dan setiap stesen tv memaparkan cerita-cerita yang berkaitan sejarah perjuangan Nabi kita dan setiap kampung menyambutnya dengan mengadakan selawat dan berselawat kepada Nabi kita..

Wednesday, September 1, 2010

RAMADAN AKAN TINGGALKAN UMAT ISLAM

bulan ramadan bakal berakhir minggu depan.. bagi umat Islam yang mengharapkan keberkatan, kerahmatan dan pahala pasti akan sedih akan pemergian bulan yang penuh barokah ini tapi ape kan daya, bulan yang mulia ini akan tetap meninggkalkan umat Islam..

tapi sebelum pemergiannya, dia telah memberi satu peluang kepada umat Islam untuk menambahkan lagi pahala sebelum ramadan berlalu pergi.. bagi muslimin yang rajin beribadat, semestinya tak akan melepaskan 10 hari terakhir bulan Ramadan ini dengan menanti kemunculan malam Al-Qadar yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR