We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Showing posts with label ROGOL. Show all posts
Showing posts with label ROGOL. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

SEDAP SEKEJAP TUA DALAM PENJARA

Tua la engkau dalam penjara. Pandai sangat nak rogol anak orang. Kan dah kena. Padan muka. Rosak masa depan ank orang.

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lepas.


Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tuesday, October 9, 2012

PATI MAKIN BERANI-ROGOL SEORANG WANITA SECARA BERGILIR SELAMA 4 JAM

Hari ini negara kita digemparkan dengan berita utama Harian Metro yang mengisahkan seorang wanita rakyat Malaysia berumur 28 tahun dirogol oeh 10 orang lelaki warga Myanmar secara bergilir selama 4 jam. Wanita berkenaan diculik ketika menunggu bas di hentian bas dan diculik oleh warga Myanmar.

Kesian wanita tersebut. Dia tidak mampu melakukan apa-apa dan pastinya dia akan mengalami trauma yang kuat. Saya amat berharap agar kesemua 10 lelaki tersebut ditangkap dan dihukum dengan berat, setimpal dengan apa yang dilakukan.

Monday, October 8, 2012

KENAPA HARUAN MAKAN ANAK?

Setiap rakyat Malaysia pasti tau dengan simpulan bahasa 'haruan makan anak'. Ia menggambarkan seorang ayah merampas kehormatan anak perempuannya atau saudara mara lelaki yang mengambil kesempatan ke atas saudara perempuan mereka sendiri.

Mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut tanpa memikirkan masa depan mangsa yang gelap keran mahkota diri mereka telah dirosakkan oleh orang yang mereka percayai dan mereka sayangi dan juga darah daging mereka sendiri.

Monday, October 1, 2012

(TERKINI) KAWAN AJAK PONTENG TENGOK KAWAN KENA ROGOL

Gambar sekadar hiasan.

Seorang pelajar berumur 15 tahun telah dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah kedai cuci kereta di Kuala Lumpur. Dia yang sedang dalam perjalanan ke sekolah telah diajak untuk ponteng sekolah oleh kawannya dan di bawa ke kedai cuci kereta tersebut. Dia lalu dirogol oleh sekumpulan lelaki yang telah menunggu di dalam kereta tersebut. Dia meminta kawan yang bersamanya supaya menolongnya tetapi kawan tersebut hanya tengok dia dirogol

Selama 2 hari di dikurung di dalam kedai tersebut dan berjaya meloloskan diri. Dia lalu membuat laporan di balai polis.

SUMBER : MYMETRO

Tuesday, September 11, 2012

PELAJAR UNIVERSITI CUBA DIPERKOSA


Berita yang sangat mengejutkan. Pihak universiti harus meningkatkan tahap keselamatan agar perkara sedemikian tidak lagi berlaku pada masa hadapan. Pelajar juga seelok-eloknya kalu boleh pergi ke tandas tu ajak la kawan agar perkara sebegini dapat dielakkan.

MELAKA, 10 Sept -- Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di sini, semalam.

Thursday, February 10, 2011

GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

bertemu kita pada artikel kedua saya pada tahun ini..untuk catatan kali ini saya memilih tajuk "GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI"..Kenapa saya memilih tajuk ini? semestinya ada kaitan dengan isu semasa yang agak terpencil tapi memberi impak yang besar dalam kehidupan kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR