PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, October 22, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI-AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH


Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada hari ke 10 Zulhijjah 1433 bersamaaan 26 Oktober 2012 iaitu hari Jumaat ini. Jadi, sempena sambutan Hari Raya Haji ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji kepada semua pengikut blog saya dan pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini.



Sempena Hari Raya Haji ini, saya ingin kongsikan tentang amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah ini.

HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan..Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir..Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

Penduduk kampung menolong menumbangkan lembu untuk disembelih bagi penyempurnakan ibadah qurban sempena Hari Raya Haji.

Sama-samalah kita penuhi bulan yang berkah ini dengan amalan-amalan sunat yang dinyatakan di atas. Semoga kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala atas setiap amalan yang kita lakukan.

Selamat Menyambut Hari Raya Haji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR