We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, September 10, 2012

12 TAHUN SUDAH BERLALU

Hari ini (11/09/2012) genaplah 12 tahun peristiwa hitam bagi pemerintah dan rakyat Amerika Syarikat apabila bangunan kebanggaan negara mereka World Trade Center (WTC) runtuh akibat dilanggar oleh 2 buah kapal terbang yang dibawa oleh pengganas.

Kejadian tersebut mengorbankan 3000 nyawa termasuk 19 orang pengganas yang merampas kapal terbang tersebut. Rampasam tersebut dilakukan oleh ahli Al-Qaeda, sebuah kumpulan yang diketuai oleh Osama Bin Laden.

Selain daripada WTC, pusat pemerintahan tentera Amerika Syarikat (Pentagon) juga diserang dengan kapal terbang oleh kumpulan tersebut. Perlanggaran tersebut menyebabkan sebahagian bangunan Pentagon rosak teruk. Sebuah lagi kapal terbang terhempas selepas kakitangan kapal terbang dan penumpang berusaha untuk merampas kembali kapal terbang tersebut dari pengganas. Kapal terbang tersebut hendak dibawa ke Washington D.C.


Peristiwa ini telah memberi kesan buruk kepada orang Islam apabila mereka dianggap sebagai pengganas dan Amerika Syarikat mula memperketatkan struktur keselamatan negara mereka agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Amerika Syarikat mula memeriksa setiap orang Islam yang masuk ke negara mereka dengan teliti.

Bagi ahli keluarga yang terkorban, mereka akan berhimpun di tapak WTC ini pada tarikh ini setiap untuk memberikan penghormatan kepada mereka yang terkorban.

Kini, Amerika Syarikat telah membina sebuah bangunan baru yang dikenali sebagai One World Trade Center di tapak yang sama dengan WTC lama. Tapak bangunan satu lagi dijadikan memorial bagi mangsa-mangsa yang terkorban.




wassalam







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR