We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, September 30, 2012

(PANAS) LGBT RANCANG ANJUR HARI LEHER-V


LGBT atau dikenali sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual akan menganjurkan Hari Leher-V peringkat kebangsaan pada 1 Oktober ini. Lokasi tidak diketahui. Program ini disokong oleh seorang paderi gay di Malaysia.



Nampaknya mereka telah berani untuk membuat perkara yang tidak elok di negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Sesungguhnya program ini harus dihalang oleh pihak kerajaan sebelum ia merebak dengan lebih teruk lagi.

Ibubapa juga harus memainkan peranan masing-masing. Jangan biarkan anak anda terjebak dengan program yang jijik ini.

 Maklumat serba sedikit tentang program tersebut.
Portal antarabangsa progerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Kolar-V kebangsaan akan diadakan pada 1 Oktober ini. Penganjuran "Hari Leher-V" dilihat cuba mempersendakan kerajaan tindakan tidak wajar dan menggambarkan mentaliti tidak serius, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi.

Selain aktivis, kempen itu dilaporkan disokong oleh seorang 'paderi gay' di Malaysia dan pengusaha restoran yang akan menghidangkan makanan percuma untuk lelaki yang memakai pakaian jenis itu di kedai mereka. Dilaporkan hampir 2,800 orang sudah memberikan komitmen di laman sosial Facebook bahawa mereka akan turut serta dalam kempen itu.


Gay Star News merupakan laman berita 24 jam milik Gay Star News Ltd yang baru ditubuhkan. Ia dilihat bertujuan mempromosikan gaya hidup kelompok itu.

Pada 13 September lalu, Sin Chew Daily melaporkan menteri pelajaran menyokong "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah membetulkan keadaan.

Antara simptom itu, menurut harian berbahasa Cina itu, mempunyai badan sasa, suka menunjukkan aset di badan, memakai baju dengan leher-V.

Dipetik dari artikel Yahoo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR