We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, September 27, 2012

BELANJAWAN 2013-ADAKAH ADA KEJUTAN DARI PM?


Tepat jam 3.00 petang ini, Perdana Menteri akan membentangkan belanjawan bagi tahun hadapan. Pastinya di kepala setiap rakyat malaysia terfikir-fikir, apakah kejutan yang bakal diluahkan oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Parlimen hari ini.

Setiap kali belanjawa akan diumumkan, pelbagai pihak akan membuat andaian masing-masing dan pelbagai pendapat dan luahan akan kita dengar. Ramai mengharapkan agar belanjawan yang diumumkan nanti akan dapat membantu kehidupan mereka bagi tahun akan datang.



Bagi penjawat awam pula, mereka semestinya ternanti-nanti apakah imbuhan yang akan diberikan kepada mereka selepas kenaikan gaji pada belanjawan tahun lepas. Adakah pada tahun ini, gaji akan dinaikkan atau ada penambahan elaun? Itu semua bergantung kepada PM. Cuma harapan penjawat awam, pisang jangan berbuah banyak kali. Mereka amat berharap agar perkara pada tahun lalu tidak berulang lagi.

Bagi rakyat, belanjawan amat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah. Ini kerana mereka amat mengharapkan bantuan dari kerajaan bagi membantu mereka dalam hal kewangan mereka. Selain itu, pastinya mereka mengharapkan agar barang keperluan tidak meningkat naik. Jika itu berlaku, rakyat yang berpendapatan rendah ini pasti akan makin tertekan dengan kewangan mereka dan pasti akan berlaku perkara yang tidak elok.

Sesungguhnya setiap rakyat meletakkan harapan yang tinggi dalam setiap bajet yang diumumkan oleh PM. Semoga PM akan menitikberatkan tentang hal rakyat dan mengetahui kehendak rakyat sejajar dengan pembangunan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR