PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, September 13, 2012

(LANJUTAN) GUNA AIR KENCING SEBAGAI UBAT

Berhubung dengan artikel saya GUNA AIR KENCING SEBAGAI UBAT , saya telah membuat pencarian dalam internet berhubung perkara tersebut. Apa yang saya jumpa ialah memang air kencing digunakan sebagai ubat dalam perubatan tapi air kencing yang digunakan adalah air kencing binatang bukan air kencing manusia. Walaupun kedua-duanya adalah sama iaitu najis tapi air kencing manusia tiada disebut. Jadi ada sedikit kekeliruan di situ. Apa pun ini artikel, hadis dan kajian seorang doktor tentang penggunaan air kencing haiwan dalam perubatan.


Hukum Minum Air Kencing Unta
Rasulullah SAW sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi SAW sendiri pernah menyarankan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam Hadis Sahih Bukhari yang berbunyi :
Maksudnya : Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah SAW, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian, cuaca Kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh mereka sakit-sakit. Lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada mereka : "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab "Baiklah". Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah SAW dan merampas unta-untanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit suku kaum tersebut. Jelasnya air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi SAW untuk diminum sebagai penawar penyakit.

Ulama khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal dimakan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam ra. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.” Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal dimakan adalah suci, termasuk unta.

Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi SAW, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi SAW. Sebagai contohnya, Nabi membenarkan Abdul Rahman Auf dan Zubair Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi SAW membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang diperbuat dari emas kerana darurat.

Mungkin kebanyakan orang merasa jijik bila mendengar air kecing. Rasanya ramai yang tak sanggup nak minumnya secara direct. Tapi, aku rasa tak jadi masalah jika air kencing unta tersebut diproses menjadi kapsul atau syampu seperti dalam artikel ini.

dan adalah pautan-pautan yang membincangkan isu ini:

http://groups.yahoo.com/group/dakwah/message/9857
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8745.0
http://tibbians.tripod.com/muhaimin.pdf

Wasslam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR