We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, September 9, 2012

(PANAS) ADEGAN RANJANG DALAM FILEM IKUT SUNNAH RASULULLAH

Terkejut sangat-sangat pagi ni bila terbaca satu artikel dari muklumat.my mengenai adegan ranjang dalam filem ikut sunnah Rasulullah. artikelnye anda boleh baca di sini : http://www.maklumat.my/adegan-ranjang-dalam-filem-dikatakan-ikut-sunnah-rasulullah.

Adakah patut perkara macam tu boleh disamakan dengan sunnah Rasulullah? Adakah pengarah filem ini ade bertanya kepada alim ulamak tentang perkara ini? Ini adalah perkara yang sangat serius.


Kenapa adegan je ikut sunnah tapi ape yang diharamkan oleh Islam tetap dilakukan dalam filem tersebut? Pertama, pelakon lelaki, Rusdi Ramli dengan pelakon wanita, Nora Danish bukan suami isteri. Mereka berdua berpegangan tangan dan itu adalah haram disisi Islam dan adakah itu dikatakan sunnah Rasulullah. Nabi hanya bersama dengan isterinya tapi dalam filem ini, kedua-dua pelakon adalah bukan pasangan suami isteri dan itu adalah bukan sunnah tapi maksiat.

Kedua, yang menjadi topik penting adalah dalam banyak-banyak sunnah Nabi, kenapa pengarah harus memilih untuk membuat adegan ranjang? Kenapa pengarah tak ambik sunnah Nabi yang lain? Banyak lagi sunnah yang boleh dipaparkan kepada umum atau pengarah filem ni hanya tau sunnah yang ni saje, sunnah lain tak tau.

Saya bukan nak menunjuk pandai bab agama tapi perkara yang salah tetap salah dan perkara yang benar harus kita tegakkan. Seeloknya pengarah filem harus bertanya kepada alim ulama jika ingin membuat sesuatu filem atau adegan melibatkan agama. Jangan kerana filem yang dihasilkan, iman dan akidah akan rosak binasa.



Saya amat berharap pengarah tersebut merujuk balik kepada alim ulama. Kita sama-sama beragama Islam dan beriman kepada Rasul, jadi jika salah kita sama-sama tegur dan ambil iktibar dari apa yang berlaku. Saya mohon maaf kepada pengarah filem ini jika terasa dengan apa yang saya tuliskan di sini. Saya cuma ingin membantu saudara agar saudara sedar tentang batas-batas agama Islam dan kita harus sama-sama menjaga kesucian Islam.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR