We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, September 30, 2012

(PANAS) FILEM ZIZAN BUAT HAL LAGI

Salah satu adengan dalam filem Hantu Kapcai

Sekali lagi Zizan tampil dengan filem yang menjadi sebutan melibatkan penghinaan kepada agama Islam. Kalau dulu filem Hantu Bonceng, sekarang filem hantu jugak tapi Hantu Kapcai. Pengarah filem Hantu Kapcai ini, Ghaz Abu Bakar menolak dakwaaan mengatakan adegan alam barzakh dan roh yang diselitkan dalam filem tersebut dikatakan berniat menghina Islam.
Filem yang mengisahkan tentang seorang mat rempit yang kesempitan yang telah terkorban ketika menyertai perlumbaan haram. 
Salah satu adegan dalam filem Hantu Bonceng

Kalau filem Hantu Bonceng dulu, isu mengucap dua kalimah syahadah yang tidak diucap sehingga habis, sekarang isu roh dan alam barzakh pula. Kenapa filem yang melibatkan pelawak terkenal ini harus dibuat melibatkan mat rempit, gangster dan seram? Adakah genre filem lain tak sesuai untuk Zizan atau lawak Zizan hanya sesuai untuk genre filem macam tu?

Cuba kita lihat pelakon luar, contoh pelakon komedi di Hollywood, mereka kadang diberikan cerita yang genre romantik dan genre yang melibatkan kehidupan seseorang contohnya seorang pekerja pejabat, seorang ayah dan pasangan yang baru berkahwin. Banyak yang boleh dibuat filem. Kenapa harus filem seram dan filem yang melibatkan perbuatan yang tidak elok seperti merempit. Walaupun ada kebaikan yang disampaikan tetapi apabila diberikan banyak pendedahan, remaja akan makin berminat.

Kalau boleh, saya cadangkan cubala kurangkan filem komedi seram ni. Adakah peminat filem di Malaysia ni hanya minat filem seram sahaja? Saya amat berharap agar pengarah di Malaysia ni lebih kreatif dalam penghasilan filem dan kalau filem tersebut ada melibatkan agama, tolongla rujuk terlebih dahulu kepada alim ulama atau pun jabatan agama.

Saya bukan nak menghalang industri perfileman cuma yang tak sanggup agama kita dipermainkan. Setiap patah perkataan yang disebut oleh pelakon tersebut akan menjadi ikutan kanak-kanak yang tidak mengerti apa yang disebutnya. Jadi, saya amat berharap selepas ini tiada lagi filem yang macam ni. 

Saya mintak maaf jika artikel saya ni menyentuh perasaan pembaca. Saya cuma meluahkan pandangan saya. Kalu salah harap ditegur, kalu ada baik, ambil dan jadikan pengajaran. 

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR