We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, October 1, 2012

(TERKINI) KAWAN AJAK PONTENG TENGOK KAWAN KENA ROGOL

Gambar sekadar hiasan.

Seorang pelajar berumur 15 tahun telah dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah kedai cuci kereta di Kuala Lumpur. Dia yang sedang dalam perjalanan ke sekolah telah diajak untuk ponteng sekolah oleh kawannya dan di bawa ke kedai cuci kereta tersebut. Dia lalu dirogol oleh sekumpulan lelaki yang telah menunggu di dalam kereta tersebut. Dia meminta kawan yang bersamanya supaya menolongnya tetapi kawan tersebut hanya tengok dia dirogol

Selama 2 hari di dikurung di dalam kedai tersebut dan berjaya meloloskan diri. Dia lalu membuat laporan di balai polis.

SUMBER : MYMETRO



Zaman sekarang ni, budak sekolah ataupun remaja harus berhati-hati dan harus berwaspada walaupun dengan sahabat baik sendiri. Zaman sekarang, kawan makan kawan makin kerap berlaku. Ini mungkin disebabkan oleh ganjaran yang dijanjikan ataupun mungkin untuk membalas dendam. Kalau boleh, seelok-eloknya ibu bapa boleh menghantar dan mengambil anak di sekolah. Memang tugas begini nampak sukar dengan kerja lagi, tapi kita harus fikirkan masa depan anak kita. Bila terjadi perkara seperti itu, masa depan mereka pasti akan gelap.

Ibubapa sekarang dilihat kurang mengambil tau hal anak-anak mereka. Mereka asyik dengan kerja dan teman-teman mereka sehingga anak-anak terabai. Setiap ibubapa harus fokus kepada anak-anak dan harus memberi perhatian yang cukup kuat pada zaman ini.

Itu rogol, ada lagi yang dilarikan ke Lombok, Indonesia dan dipaksa kahwin dengan lelaki yang melarikannya. Jangan biarkan ini berlaku kepada anak anda. Sentiasa pantau pergerakan mereka. Mungkin mereka merasa tidak bebas tetapi hanya itu cara untuk memastikan mereka selamat. Biar susah sekarang, jangan susah di masa hadapan.

Sama-sama la kita menjaga anak-anak masing-masing. Ingatlah zaman sekarang amat mencabar untuk anak-anak anda. Berhati-hati lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR