
Macam-macam orang sekarang ni. Kalu kat hospital sakit jiwa tak pe la kalu nak mengamuk. Ni kat hospital biasa. Bekas tentera pulak tu. Mesti kuat tu.
IPOH, 9 Okt (Bernama) -- Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.