PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, October 15, 2012

(MACAM-MACAM) HARI TU KERA, NI BERUK PULAK


Hari itu seorang warga emas ditembak kerana disangkakan kera, baca entri. Yang ni pulak beruk. Seorang pekerja warga asing telah ditembak oleh majikannya sendiri yang berumur 71 ketika memanjat pokok mangga berhampiran rumah majikannya itu di Kuantan, Pahang. Pekerja warga Indonesia berumur 39 tahun itu mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.


Dia memanjat pokok mangga manakala abangnya sedang mengemas peralatan bekerja di dalam stor. Majikannya melihat pokok mangga bergoyang dan menyangka beruk sedang merosakkan buah pokok mangga tersebut. Lalu dia mengambil senapang dan menembang mangsa dan mangsa meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan parah. Majikannya ditahan untuk disoal siasat.

Pada pendapat saya, orang tua yang berumur 60 ke atas sudah tidak sesuai untuk menggunakan senapang. Mungkin majikan pekerja tersebut rabun dan tidak dapat melihat dengan jelas mangsa yang sedang memanjat. Tapi kalu rabun, macam mana majikannya boleh menembak mangsa dengan tepat.

Sebab tu lah kita nak apa-apa kena mintak dulu. Pekerja tu sepatutnya pergi ke rumah majikannya dan beritahu kepada majikannya bahawa dia ingin mengambil buah tapi semuanya dah berlaku. Jadi redha je la dan takziah kepada abang mangsa.

Kepada pencuri-pencuri buah pula, berhati-hati lah. Silap-silap hari bulan, buah tak dapat, peluru yang dapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR