PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Saturday, October 13, 2012

(PELIK) PORSCHE RM 900, 000 DILARIKAN DARI BILIK PAMERAN


Pelik-pelik.. Macam mana sebuah kereta Porsche boleh dilarikan dari bilik pameran oleh seorang lelaki sedangkan bilik tersebut dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan? Jawapannya, ketika kereta tersebut dicuri, hanya seorang pengawal yang berjaga ketika itu.


 Taktik yang digunakan oleh pencuri tersebut adalah beliau bertanya kepada pengawal tersebut tentang kenalannya yang juga kakitangan di dalam bilik pameran tersebut. Pencuri itu mengambil kunci yang diletakkan di dalam sampul di atas meja dan memandu kereta tersebut pergi. Kehilangan tersebut diketahui apabila seorang pengawal melihat sebuah kereta tanpa no plat dilarikan dari bilik tersebut.

Setelah dibuat laporan polis dan dirujuk kepada kamera litar tertutup (CCTV), pencuri kereta tersebut telah diketahui dan dia ialah Mohd Azri Mohd Kassim, 31. Dia mempunyai 13 rekod jenayah sebelumnya yang melibatkan kecurian kereta, rompakan dan penyalahgunaan dadah sejak 2006 dan juga merupakan tahanan ordinan darurat. Alamat terakhir pencuri tersebut ialah 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium in Damansara Perdana.

Kenapa saya kata pelik? Pertama, macam mana kedai yang memiliki barang yang mahal seperti kereta Porsche mempunyai tahap leselamatan yang rendah? Yang kedua, pencuri tersebut mengambil kunci yang diletakkan di atas meja tanpa diawasi oleh sesiapa? Adakah itu tahap keselamatan kedai yang menjalankan perniagaan ratusan ribu ringgit?

Pencuri tersebut menggunakan kemahiran dan pengalaman yang dimilikinya. Mungkin dia telah meneliti tahap keselamatan dan sistem simpanan kunci di bilik pameran tersebut.

Saya berharap agar kereta tersebut ditemui dan pencuri itu berjaya ditangkap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR