We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, October 9, 2012

PATI MAKIN BERANI-ROGOL SEORANG WANITA SECARA BERGILIR SELAMA 4 JAM

Hari ini negara kita digemparkan dengan berita utama Harian Metro yang mengisahkan seorang wanita rakyat Malaysia berumur 28 tahun dirogol oeh 10 orang lelaki warga Myanmar secara bergilir selama 4 jam. Wanita berkenaan diculik ketika menunggu bas di hentian bas dan diculik oleh warga Myanmar.

Kesian wanita tersebut. Dia tidak mampu melakukan apa-apa dan pastinya dia akan mengalami trauma yang kuat. Saya amat berharap agar kesemua 10 lelaki tersebut ditangkap dan dihukum dengan berat, setimpal dengan apa yang dilakukan.


Berita tersebut adalah petunjuk bahawa negara yang kita cintai ini sudah tidak lagi selamat untuk rakyatnya sendiri. Bagaimanakah keselamatan anak-anak kita, saudara perempuan kita, ibu kita dan kawan-kawan perempuan kita apabila hendak keluar ke pasaraya, kerja dan keluar ke sekolah? Adakah keselamatan mereka terjamin? Anda fikirla sendiri.

Pada pendapat saya, penyebab berlaku kejadian tersebut adalah disebabkan kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) ini. Apabila jumlah mereka telah terlalu banyak, mereka akan merasakan mereka ada kekuatan untuk melakukan perkara yang tidak elok di negara kita. Mereka sudah tidak takut kepada polis dan penguatkuasa. Kadang-kadang ada rakyat Malaysia yang membantu mereka dalam membuat kerosakan dan  kejahatan di negara kita ini.

Mereka tidak pernah serik walaupun pernah ditangkap dan dihantar pulang tetapi mereka tetap akan datang semula untuk bekerja atau datang untuk membuat kejahatan seperti mencuri, merogol, merosakkan harta benda awam dan mungkin juga menyertai kongsi gelap di negara kita.

Pihak atasan rasanya perlu menitik beratkan perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat kita. Mungkin kerajaan boleh mula menetapkan jumlah Pati yang harus ada di Malaysia dan setiap Pati yang datang diselidik terlebih dahulu keadaan dirinya. Mungkin kita boleh menetapkan satu syarat agar dapat dipenuhi oleh setiap negara yang menghantar warganya untuk bekerja di negara kita.

Pihak kerajaan juga harus menyelidik latarbelakang Pati yang datang ke negara kita. Kita harus pastikan mereka yang datang tidak memiliki rekod jenayah dan kesihatan mereka dari segi fizikal dan mental juga harus diperiksa untuk kepastian bahawa Pati yang dibawa masuk ke negara kita adalah yang selamat dan sihat.

Sama-samala kita menjaga keselamatan anak-anak, adik beradik, saudara dan kawan-kawan perempuan kita dari kejadian yang tidak diingini seperti di atas. Pastikan mereka sentiasa memaklumkan kedudukan mereka dan kalau boleh, hantar dan ambik la mereka jika tidak keberatan bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku kepada mereka.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR