PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, October 11, 2012

SEDAP SEKEJAP TUA DALAM PENJARA

Tua la engkau dalam penjara. Pandai sangat nak rogol anak orang. Kan dah kena. Padan muka. Rosak masa depan ank orang.

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lepas.


Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Bagi tuduhan pertama, Mohd Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan. Hakim memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini.

Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat.
Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol.
Mohd Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara pukul 1.40 pagi hingga pukul 4.30 pagi, 3 April 2011.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
"Saya menghadapi tekanan perasaan dan pelajaran terganggu di sekolah. Semua impian dan cita-cita saya dah hancur," kata mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberui keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR