PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, October 8, 2012

KENAPA HARUAN MAKAN ANAK?

Setiap rakyat Malaysia pasti tau dengan simpulan bahasa 'haruan makan anak'. Ia menggambarkan seorang ayah merampas kehormatan anak perempuannya atau saudara mara lelaki yang mengambil kesempatan ke atas saudara perempuan mereka sendiri.

Mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut tanpa memikirkan masa depan mangsa yang gelap keran mahkota diri mereka telah dirosakkan oleh orang yang mereka percayai dan mereka sayangi dan juga darah daging mereka sendiri.



Ada juga bapa yang sanggup merogol anaknya berulang-ulang kali sehingga mengandung. Sungguh kejam ayah tersebut kerana telah menyebabkan anaknya terpaksa menanggung malu dan terpaksa mengandung zuriat dari ayahnya sendiri. Kadang-kadang ibu mangsa mengetahui perkara ini tetapi tidak mahu membuat laporan polis kerana sayangkan suami dan tidak mahu perkara itu diketahui oleh jiran-jiran dan orang sekeliling tapi yang lebih merana adalah mangsa.

Ini juga adalah antara penyebab berlakunya pembuangan bayi dan remaja yang telah dirosakkan itu akan mula merasakan dirinya tidak berguna dan terus menjual tubuh mereka kepada lelaki kaya atau kepada mat-mat motor untuk mendapatkan wang.

Seharusnya perkara ini diambil lebih serius oleh kerajaan. Hukum sebat dan penjara itu memang bersesuaian tetapi apa akan berlaku kepada remaja yang telah dirosakkan oleh darah daging mereka itu? Perkara ini harus diambil berat oleh pihak atasan.

Sampai bila kita harus melihat berita ini di televisyen dan membaca perkara terkutuk ini daripada akhbar. Sesuatu harus dilakukan. Mungkin kerajaan boleh membuat kempen yang menjurus kepada kasih sayang di dalam kelaurga. Pihak sekolah juga boleh membuat sesi kaunseling untuk mengeratkan perhubungan antara ibubapa dan anak-anak mereka.

Kesian sangat-sangat apabila melihat seorang yang membesarkan mereka, memberi mereka kasih sayang dan menyekolahkan mereka, sanggup melakukan perkara tersebut. Bersama-sama la kita berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan ini dan berdoa agar perkara ini tidak lagi berlaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR