We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, November 5, 2012

FILEM BERTEMAKAN SAMSENG MELAYU-KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

Kongsi adalah salah satu filem bergenre samseng yang diminati ramai.

Taikun, Budak Pailang, KL Gangster adalah antara filem-filem yang memaparkan tentang kehidupan atau suasan samseng melayu di Malaysia. Walaupun ada pelakon berbangsa lain tapi kebanyakkan pelakon adalah melayu. Kalau dulu kita disajikan dengan filem seram, tahun ni pula filem bertemakan samseng.
Apakah tujuan filem bergenre macam tu disiarkan?

Sememangnya kita tau filem adalah salah satu perniagaan. Apabila sesuatu filem mencapai tahap box office, penerbitnya akan mendapat keuntungan yang belipat kali ganda. Pelakon pula akan menerima anugerah apabila filem tersebut dinobatkan sebagai filem terbaik.

Tapi pernah tak penulis skrip, pengarah dan penerbit filem terpikir akan kesan dari tayangan filem tersebut?

Memang kita kata itu hanya la sekadar filem tapi cuba kita tengok remaja kita sekarang. Kebanyakkan belajar melalui filem. Kalu kanak-kanak yang berumur 9 tahun ke bawah lagi teruk. Skrip dalam filem siap hafal lagi tapi diorang tak tahu yang diorang cakap tu adalah benda yang tidak elok.

Contoh yang skrip yang paling diingat kanak-kanak ialah dari filem Kongsi. "Lu langsi lu mati" dan " di KL, kawe legend" antara skrip yang sangat masyhur di mulut kanak-kanak. Walaupun ia sekadar skrip tapi di situ kita tahu kanak-kanak sangat mudah menerima dari apa yang dilihat. 

Selain itu, ia juga memaparkan kehidupan samseng yang dikelilingi oleh wanita-wanita dan mereka mampu untuk melakukan semua perkara. Ini akan mempengaruhi otak dan pemikiran remaja. Lihat lah remaja kita sekarang. Dengan masalah pergaulan, buli, pontang dan pelbagai lagi masalah sosial. Dari mana datangnya ilmu tersebut kalau bukan dari filem. Di sekolah dan di rumah pasti tidak akan diajar mata pelajaran tersebut.

Adakah perlu kita disajikan dengan filem bergenre begini?

Saya rasa filem macam ni tidak perlu dipaparkan. Ia tidak memberi kebaikan langsung. Saya rasa apa yang dipaparkan di dalam filem samseng tu kadang-kadang tidak relevan dan sengaja dibuat-buat supaya nampak menarik. 
Saya bukan nak menghalang penghasilan filem di Malaysia cuma saya nak filem yang ditayangkan bersesuaian dengan keadaan negara kita sekarang. Jika rakyat kita sentiasa didedahkan dengan filem yang berunsur ketuhanan, pasti ia akan diterima oleh rakyat. Tidak semestinya setiap filem yang dihasilkan mesti berunsur ketuhanan, boleh juga berunsur nilai-nilai murni dan semangat kenegaraan juga sesuai.

Kenapa kita tidak ikut filem Indonesia yang menjurus kepada ketuhanan. Walaupun ada filem diorang yang tak elok tapi ambik lah filem yang elok sebagai rujukan. Filem diorang memaparkan kehidupan masyarakat di sana yang susah, miskin dan selalu ditindas. Cerita yang menunjukkan taatnya seorang hamba kepada Tuhannya.


 Saya paling minat drama Tanah Kubur yang disiarkan di Astro Oasis. Drama yang mengisahkan tentang keadaan mayat yang dihukum atau diberi keistimewaan ketika proses pengkebumian dilakukan. Drama yang macam tu seharusnya lebih diutamakan supaya dapat memberi peringatan kepada kita yang lalai dengan dunia dan lupa tentang akhirat yang kekal abadi.

Ini hanyalah pendapat dan perkongsian saya untuk tatapan anda. Jika anda tak setuju, itu terpulang kepada anda.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR