We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, November 5, 2012

PERANGAI DREBAR BAS


Sejak berpindah ke Kangar ni, bas adalah pengangkutan penting bagi ku untuk pulang ke kampung atau pun dari kampung nak ke tempat kerja di Kangar. Jadi, drebar bas ini ibarat drebar aku la bila aku nak balik ke kampung. Drebar bas ni pun manusia kan jadi masing-masing ade perangai tersendiri. Setiap kali balik kampung, aku suka naik bas kuning, malas la nak sebut nama nanti terasa pulak drebar aku..hehehe

Drebar K.O
Semasa pulang dari Kangar, aku memang ditakdirkan untuk menaiki yang bas dibawa oleh drebar aku yang angin sikit. Kalu dengan kawan dia, aku tengok ok bercakap tapi bila dengan penumpang, macam nak marah. Dia bukan dari orang Pantai Timur tapi rasanya Orang Utara. Bukan nak burukkan orang Utara, cuma drebar ni pelik sikit.

Ada sekali tu aku nak kencing sangat-sangat, ade la stesen minyak kat depan dalam 1 Km. Jadi pun aku mintak la berhenti kencing, aku mintak elok-elok tapi dia tegur aku balik. Dia kata kenape tak turun masa berhenti kat stesen minyak di Kangar tadi? Tadi Kangar, ni Baling bang oi. 3 jam dalam bas, memang tak boleh tahan. Dah la econ bas sejuk, lagi cepat terasa nak kencing. Bila dia tegur macam tu, aku pun kata la, tak pe la cik tak boleh. Dalam hati memang nak marah la. 

Sampai kat stesen minyak tu, aku tengok gelap jer. Buka ke tak ni? Tak kisah la yang penting, air ni aku buang. Aku pun berlari la pegi tandas. Baru lega sikit seksa. 

Lepas tu, baru-baru ni aku balik ke kampung. Jumpa pulak dengan drebar ni. Tak boleh nak kata apa, naik je la. Tiket pun dah beli. Dari Kangar ke Penglima Bayu, drebar lain yang bawa. Dari Penglima Bayu ke Kuala Terengganu, dia yang bawak. Masa berhenti kat Penglima Bayu tu, bas biasa berhenti 30 minit tapi dah sebab tido, aku tak turun la. Dia pun berhenti la kat stesen minya, duk menulis benda, tak tau dia tulis apa. Aku pun mitak la nak kencing. Dia kata kat aku, tadi masa berhenti lama tak nak kencing. Aku memang dah geram dengan dia, aku jawab la, saya tertido.

Tu la drebar aku yang K.O bab pergaulan dengan penumpang. Lain pulak dengan drebar dari Kuala Terengganu ke Kangar. Layan cerita aku.

Drebar O.K.
Dah beberapa kali aku naik bas ke Kangar dan pasti drebar ni yang akan bawak bas. Dia dan kawan dia memang ok dua-dua. Nak mintak kencing pun tak marah. Memang suka la naik bas waktu dia bawak cuma satu je tak suka, bukan perangai tapi dia suka pasang econ kuat. Ketar aku. 

Ada sekali tu, seorang mamat ni dah tak tahan sangat nak kencing. Jadi, dia pun pegi la kat depan, nak mintak drebar berenti sebab dia nak kencing. Aku masa tu duduk depan sekali, tu yang aku tau dia nak mintak kencing. Drebar OK ni pun berenti la. Lepas mamat tu selesai kencing, diorang pun sembang la. Aku pun curi-curi dengar. Drebar aku tu kata, kalu sapa nak mintak berhenti untuk kencing, dia akan berhenti. Sebabnya dia kata kencing ni memang tak leh tahan. Kalu tahan kencing, nak tido pun tak boleh. Jadi, dia kan berhenti. 

Bila terdengar dia kata macam tu, aku pun terfikir. Kenapa drebar KO tu tak leh buat macam drebar OK ni buat. Bila fikir balik, aku sedar. Manusia ni tidak sama. Ada yang faham dan mengerti dan ada yang tak faham dan ikut kehendak sendiri jer.

Drebar KO tu patut sedar, walaupun bukan penumpang yang bayar gaji tapi gaji diorang bergantung kepada penumpang. Kalu penumpang tak naik bas tu, syarikat bas tak dapat income, dia pun tak dapat gaji.

Itulah kisah aku dengan drebar aku. Nak balik sendiri boleh tapi jauh sangat. Letih badan nak bawak kereta. Duit pun banyak habis. Tayar kereta pun cepat haus. Jadi, penyelesaiannya, naik bas je la senang. Letih badan pun sebab susah nak tido tapi boleh la tido. Sekian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR