PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, November 5, 2012

LAGU UNTUK KEKASIH


Setiap stesen radio dan televisyen memainkan lagu yang merdu dan yang pasti lagu untuk pasangan kekasihdan percintaan. Ada lagu untuk pasangan  kekasih yang sedang hangat bercinta, lagu putus cinta dan ada juga lagu untuk kembali berkasih. Boleh dikatakan keseluruhan lagu yang keluar dari corong radio adalah lagu bertemakan pasangan kekasih.


Kadang-kadang saya terfikir, kenapa penulis lirik lagu memilih tema kekasih?

Saya tahu lagu bertemakan percintaan kekasih menjadi tarikan utama sekarang. Ini kerana sebahagian remaja Malaysia sekarang sedang dilamun cinta dengan pasangan masing-masing dan lagu bertemakan percintaan sangat sesuai untuk mereka.

Sebenarnya, apa yang saya perhatikan, lagu-lagu ini mengajar remaja kita berkasih-kasihan sebelum perkahwinan. Melalui lirik yang diperdendangkan itu, ada banyak kesalahan bukan dari segi penulisan lirik tapi dari segi perbuatan. Contoh, berpegangan tangan, berpelukan. Itu adalah salah di sisi agama kita, Islam.


Apa yang pelik, kenapa lirik yang menjurus kepada kekeluargaan, isu semasa dan kenegaraan. Sambil tu boleh la diselitkan lagu-lagu berunsurkan kebudayaan dan kenegerian. Kalau betul nak lagu percintaan, bina lagu tentang percintaan seorang suami dengan isteri, antara anak dan ibubapa. Tak mustahil lagu-lagu yang sedemikian akan diminati menjadi top seperti lagu-lagu yang lain.

Mungkin lagu tersebut sesuai untuk nasyid tapi tak mustahil jika kena dengan lirik dan melodinya, pasti lagu tersebut akan menjadi pilihan remaja kita. Pilihan adalah di tangan penulis lirik.

Sebelum ini, ada beberapa orang penyanyi yang telah mengalunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan mereka mampu menyaingi artis-artis yang lain. Contohnya Aris Ariwatan dan Ramli Sarip. Mereka boleh mengalunkan lagu sedemikian, kenapa tidak artis lain?

Cuba kita ubah pengisian lirik di dalam lagu kita sekarang. Macam Najwa Latif, dia boleh membuatkan lagu melibatkan kanak-kanak dan kehidupan seorang remaja Islam. Lagu kenegaraan juga elok diperbanyakkan agar rakyat sentiasa mempunyai semangat untuk menjaga dan berbakti kepada negara. Penulis lirik juga boleh membuat lagi mengenai nilai-nilai murni dan tidak mustahil akan menjadi ikutan kanak-kanak.

Kanak-kanak sekarang mudah mengingati lagu-lagu yang didengar mereka. Jika buruk yang mereka dengar, maka keluar dari buruk mereka buruk tapi jika yang keluar adalah baik, maka kita juga akan mendapat faedahnya.

Ini hanyalah pandangan saya dan ini juga adalah harapan agar remaja kita sedar dengan apa yang berlaku sekarang ni. Mereka harus tahu kesilapan mereka dan sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati dalam perhubungan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR